05 October 2016

Jalan jalan Terengganu

Posted by -izzAh- at 00:41 0 comments

Ok, yang ni baru je pergi 17/9-19/9 haritu. Kitorang keluar dari rumah Temerloh lebih kurang pukul 1030pagi terus menghala ke Kuala Terengganu sampai lebih kurang pukul 2 petang. Ica tidur sepanjang masa. Ihab pot pet pot pet tak tidur tidur. 

 
Kat sini, kitorang buat keputusan untuk menginap di Sutra Beach Resort, Setiu. Dah siap check in, kitorang pergi makan kat café dalam resort tu jugak. Dah sudah makan tu niatnya nak la ke pantai. Part ni ibu abah yang kesian. Anak anak takut air laut. Haha. Budak budak ni menjerit macam baru lepas kena pukul. Punya la dasyat reaksi masing masing bila tengok kaki ibu tenggelam dalam pasir pantai tu. Dah meraung raung gitu, kitorang bawak la diorang tu pergi mandi kolam je. Punya lama berendam sampai ke senja. Hilang terus plan nak ke Pulau Redang.


Menangis nak duduk atas beranda sambil goyang kaki.

Malam tu kitorang keluar nak cari port makan best. Pukul 7.15 keluar resort. Jalan punya jalan, dah sampai Bandar KT. Jauh tau, dekat sejam sebab hujan dan jalan jem amat. Jalan punya jalan nak cari tempat makan best. Jumpa la NR Café. Ramainya ya Allah. Takde tempat duduk pun. Yang dah duduk pun semua dok ketuk ketuk meja je belum dapat makanan.

Jadi kitorang teruskan perjalanan. Google punya Google, jumpa pulak Adik Sue Ikan Bakar. Cari punya cari, tak jumpa! Haha. Sesat wey. Sudahnya sampai ke pantai Batu Burok. Jumpa kedai makan terus parking dan order. Sebenarnya tepi tepi jalan tu banyak kedai tapi tulah, dah jadi pelancong kan, nak la cari tempat special kononnya. Dah tak tahan lapar, tu yang singgah je kedai kat Batu Burok tu. Anak anak dah tidur lama dah dari keluar resort tu lagi. Kitorang sampai kedai makan pukul 9.30. 1015 baru dapat makan. Lama kan? Orang ramai gilaaaaaa..kebetulan malam tu team Terengganu lawan bola. Jadi memang ramai anak anak muda melepak kat kedai makan sambil hisap rokok sampai jerebu.  1045 dah habis makan. Licin sebab lapar amat dan sedap! Cuma mahal sikit. Tapi takpe, sedap berbanding makan kat resort. Dah patah balik ke resort aku dan anak anak terus siap nak tidur je. Abahnya rajin dia keluar balik pergi berjalan ke pantai malam malam buta tu. Pukul berapa balik tak pasti pulak.

Lepas sarapan, kitorang check out terus. Taknak tidur kat resort tu dah. Buat keputusan untuk ke Muzium Terengganu. Kitorang lunch kat warung tepi jalan jugak, belah kiri menghala ke muzium tu. Ramai orang, kebetulan serentak dengan orang pejabat keluar makan. Besar muzium tu, bertingkat tingkat. Tapi lif hanya untuk staff dan orang OKU. Yang ada anak kecik kena hati hati la ye, takut budak budak main tangga. Lama jugak kitorang kat muzium tu sebab dia best dan selesa. Cuma tak sempat pun nak baca apa benda yang dipamerkan. Takat lalu lalu je la. Budak budak ni boring tengok. Kitorang keluar lepas Ihab dah komplen; sudah la ib utengok barang barang. Kak Ab dah taknak tengok barang barang. Hahaha


Muzium Terengganu. Besar gila hoii.

Jadi, lepas muzium kitorang terus la ke Hotel Prinzpark untuk check in. sampai kat sana tengok ada renovation pulak kat tingkat bawah tu. Tengok jam da pukul 4. Harga 1 bilik dalam 300. Rasa tak berbaloi, kitorang ke Paddock Inn di Kuala Ibai. Masih lagi ambil bilik dengan 2 katil single. Harganya jauh lagi murah berbanding Prinzpark, RM75 je 1 malam. Pada aku, selesa yang amat. Semuanya sangat minimal tapi berbaloi la kan dengan harga. TV ada tapi kitorang tak padai on. Haha. TV kotak yang gabak besar tu ha. Dah on keluar screen biru je, nak cari channel kat mana tak tahu. Bilik air sangat bersih, jauh lebih bagus daripada kat resort yang kitorang duduk semalam tu. Ada satu kolah kecik dan heater yang dah tak function. Sejuk kenmain mandi. Ada sabun dan tuala disediakan. Ada tempat naik kuda jugak rasanya kat sini tapi kitorang tak pergi pun. Nak kejar masa.

Dah berehat dan mandi, kitorang keluar untuk minum petang. Dah sampai Terengganu rugi la tak makan makanan laut celup tepung kan. Ikan ke sotong ke. Singgah la Restoren Lempeng ke apa nama tak ingat. Tepi jalan je menghala ke pantai Batu Burok. Order sotong dua, ikan dua. Lepas tu nak order keropok lekor. Furqan order RM3. Aku ingat banyak sangat la takut tak habis sebab ikan sotong dah banyak. Tetiba sampai, ada la dalam 15 potong kecik kecik. Dasar piring pun nampak lagi. Haha. Keropok pun rasa macam beli yang kat KL je. Putih je tak macam biasa kalau beli kat Terengganu kan lembut je keropoknya dan berwarna gelap. Tapi ikan dan sotong memang terbaik la. Sedap!
Dah makan tu kitorang terus la ke Batu Burok. Dah gelap pun. Main kat playground je. Banyak playground. Memang seronok budak budak ni main. Cuma tak berapa terang sebab tak banyak lampu kat situ. Lepas main tu, kitorang naik kereta kuda. Murah je untuk round round kat situ. Nasib baik masih ada lagi, biasanya orang naik siang je kot. Tak pun abang bawak kereta kuda tu balik awal sebab bukan musim cuti sekolah, orang tak berapa ramai.



Cuma yang tak best nya kat sini, anak anak bebas sangat bermain tanpa pengawasan. Tak risau ke eh budak budak hilang? Tak sayang anak ke? Masa kitorang teman Ihab dan Ica pun ada sorang budak asyik ikut je kitorang. Bila Tanya dia cakap mak dia kat situ. Situ mana tu tak tahu la. Kitorang dah cuba cari mak ayah dia tapi tak jumpa pulak. Lama tu baru Nampak dia pergi kat orang tukang jual layang layang. Orang situ rupanya, patutpun dia biar je anak anak dia main sorang. Tapi, memang tak risau akan hilang ke? Aku rasa kalau kitorang amek anak dia tu pun dia tak perasan.
Dah puas main berpeluh peluh kitorang pergi la makan makan kat foodcourt dia. Best, meriah. Kitorang order dimsum dengan lempeng pisang. Habis licin dimakan.

 

Dah balik ke bilik tu, aku tunggu kawan datang. Kawan ni sama UNIMAS dulu, dah lama tak jumpa Atul ni. Sebab kan aku jumoa kawan, Furqan pun keluar jugak jumpa kawan dia. Tapi sebab kawan dia bukan tengah kerja malam malam tu, dia jumpa lama. Kawan aku balik lepas setengah jam je. Sedih betul.   


Last day kat sini, lepas checkout kitorang ke Pasar Payang. Sebelum tu makan pagi di warung tepi jalan. Aku dan Furqan makan la nasi dagang. Wangi je bungkus dengan daun pisang. Ihab dan Ica membantai ketupat palas punya banyak. Tapi pada aku keras sikit ketupatnya, mungkin digoreng. Aku tak pasti.
 

Dah sampai pasar, beli la kain batik untuk Mak Temerloh dan Mak Rawang. Dan kain pasang untuk diri sendiri jugak. Ihab dan Ica dapat la patung penyu sorang satu. Abah Ihab beli seluar batik dua helai. Yang bestnya kat sini tak ramai orang sebab bukan cuti sekolah. Harga pun murah sikit katanya. Orang kedai kata la sebab orang tak ramai, so diorang tak la jual mahal sangat. Betul atau tak, tu tak pasti. Dah sudah beli pakaian, terus ke kereta, tak round tempat makanan pun. Tak tahu la kenapa. Mungkin sebab tengok anak dah selebet. Kesian. Sebab dalam tu panas. Udara tak bergerak. Tingkap pun tak jumpa kat mana. Hehe.
Kitorang pun meneruskan perjalanan. Berhenti tepi jalan di Bukit Payung kalau tak silap untuk beli keropok lekor dan satar. Rasa menyesal pulak tak beli di pasar payang. Aku yakin pilihannya lebih banyak disana. Keropok yang dibeli pun tak berapa sedap kalau nak dibanding dengan tahun tahun dahulu yang pernah rasa keropok dari sana. Kitorang sampai di Temerloh dalam pukul 6 petang. Malam tu, teruskan perjalanan ke Rawang pulak. Kesian Furqan, penat dia drive sorang sorang. 

Kat rumah Temerloh masa ni, rambut Si Kenit ni jadi kerinting sebab lama sangat ikat toncet. Haha. Jauh nau perjalanannya.       


08 November 2015

brokoli pun sodap!

Posted by -izzAh- at 12:02 0 comments

budak ni suka makan. apa apa pun makan. tak memilih. gud girl anak ibu

senyum seindah suria

Posted by -izzAh- at 11:57 0 comments




happy 3rd birthday ihab

Posted by -izzAh- at 11:53 0 comments
sekitar birthday ihab di rumah amara
celebrate 17 okt yang lepas
kek buruk tu ibu yg buat..haha
sememeh aje
 







 

Anak Ibu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review