Ok, yang ni baru je pergi 17/9-19/9 haritu. Kitorang keluar
dari rumah Temerloh lebih kurang pukul 1030pagi terus menghala ke Kuala
Terengganu sampai lebih kurang pukul 2 petang. Ica tidur sepanjang masa. Ihab
pot pet pot pet tak tidur tidur.
Kat sini, kitorang buat keputusan untuk menginap di Sutra
Beach Resort, Setiu. Dah siap check in, kitorang pergi makan kat café dalam
resort tu jugak. Dah sudah makan tu niatnya nak la ke pantai. Part ni ibu abah
yang kesian. Anak anak takut air laut. Haha. Budak budak ni menjerit macam baru
lepas kena pukul. Punya la dasyat reaksi masing masing bila tengok kaki ibu
tenggelam dalam pasir pantai tu. Dah meraung raung gitu, kitorang bawak la
diorang tu pergi mandi kolam je. Punya lama berendam sampai ke senja. Hilang
terus plan nak ke Pulau Redang.
Malam tu kitorang keluar nak cari port makan best. Pukul
7.15 keluar resort. Jalan punya jalan, dah sampai Bandar KT. Jauh tau, dekat
sejam sebab hujan dan jalan jem amat. Jalan punya jalan nak cari tempat makan
best. Jumpa la NR Café. Ramainya ya Allah. Takde tempat duduk pun. Yang dah
duduk pun semua dok ketuk ketuk meja je belum dapat makanan.
Jadi kitorang teruskan perjalanan. Google punya Google,
jumpa pulak Adik Sue Ikan Bakar. Cari punya cari, tak jumpa! Haha. Sesat wey.
Sudahnya sampai ke pantai Batu Burok. Jumpa kedai makan terus parking dan
order. Sebenarnya tepi tepi jalan tu banyak kedai tapi tulah, dah jadi
pelancong kan, nak la cari tempat special kononnya. Dah tak tahan lapar, tu
yang singgah je kedai kat Batu Burok tu. Anak anak dah tidur lama dah dari
keluar resort tu lagi. Kitorang sampai kedai makan pukul 9.30. 1015 baru dapat
makan. Lama kan? Orang ramai gilaaaaaa..kebetulan malam tu team Terengganu
lawan bola. Jadi memang ramai anak anak muda melepak kat kedai makan sambil
hisap rokok sampai jerebu. 1045 dah
habis makan. Licin sebab lapar amat dan sedap! Cuma mahal sikit. Tapi takpe,
sedap berbanding makan kat resort. Dah patah balik ke resort aku dan anak anak
terus siap nak tidur je. Abahnya rajin dia keluar balik pergi berjalan ke
pantai malam malam buta tu. Pukul berapa balik tak pasti pulak.
Lepas sarapan, kitorang check out terus. Taknak tidur kat
resort tu dah. Buat keputusan untuk ke Muzium Terengganu. Kitorang lunch kat
warung tepi jalan jugak, belah kiri menghala ke muzium tu. Ramai orang,
kebetulan serentak dengan orang pejabat keluar makan. Besar muzium tu,
bertingkat tingkat. Tapi lif hanya untuk staff dan orang OKU. Yang ada anak
kecik kena hati hati la ye, takut budak budak main tangga. Lama jugak kitorang
kat muzium tu sebab dia best dan selesa. Cuma tak sempat pun nak baca apa benda
yang dipamerkan. Takat lalu lalu je la. Budak budak ni boring tengok. Kitorang
keluar lepas Ihab dah komplen; sudah la ib utengok barang barang. Kak Ab dah
taknak tengok barang barang. Hahaha

Muzium Terengganu. Besar gila hoii.
Jadi, lepas muzium kitorang terus la ke Hotel Prinzpark
untuk check in. sampai kat sana tengok ada renovation pulak kat tingkat bawah
tu. Tengok jam da pukul 4. Harga 1 bilik dalam 300. Rasa tak berbaloi, kitorang
ke Paddock Inn di Kuala Ibai. Masih lagi ambil bilik dengan 2 katil single.
Harganya jauh lagi murah berbanding Prinzpark, RM75 je 1 malam. Pada aku,
selesa yang amat. Semuanya sangat minimal tapi berbaloi la kan dengan harga. TV
ada tapi kitorang tak padai on. Haha. TV kotak yang gabak besar tu ha. Dah on
keluar screen biru je, nak cari channel kat mana tak tahu. Bilik air sangat
bersih, jauh lebih bagus daripada kat resort yang kitorang duduk semalam tu.
Ada satu kolah kecik dan heater yang dah tak function. Sejuk kenmain mandi. Ada
sabun dan tuala disediakan. Ada tempat naik kuda jugak rasanya kat sini tapi
kitorang tak pergi pun. Nak kejar masa.
Dah berehat dan mandi, kitorang keluar untuk minum petang.
Dah sampai Terengganu rugi la tak makan makanan laut celup tepung kan. Ikan ke
sotong ke. Singgah la Restoren Lempeng ke apa nama tak ingat. Tepi jalan je
menghala ke pantai Batu Burok. Order sotong dua, ikan dua. Lepas tu nak order
keropok lekor. Furqan order RM3. Aku ingat banyak sangat la takut tak habis
sebab ikan sotong dah banyak. Tetiba sampai, ada la dalam 15 potong kecik
kecik. Dasar piring pun nampak lagi. Haha. Keropok pun rasa macam beli yang kat
KL je. Putih je tak macam biasa kalau beli kat Terengganu kan lembut je
keropoknya dan berwarna gelap. Tapi ikan dan sotong memang terbaik la. Sedap!
Dah makan tu kitorang terus la ke Batu Burok. Dah gelap pun.
Main kat playground je. Banyak playground. Memang seronok budak budak ni main.
Cuma tak berapa terang sebab tak banyak lampu kat situ. Lepas main tu, kitorang
naik kereta kuda. Murah je untuk round round kat situ. Nasib baik masih ada
lagi, biasanya orang naik siang je kot. Tak pun abang bawak kereta kuda tu
balik awal sebab bukan musim cuti sekolah, orang tak berapa ramai.

Cuma yang tak best
nya kat sini, anak anak bebas sangat bermain tanpa pengawasan. Tak risau ke eh
budak budak hilang? Tak sayang anak ke? Masa kitorang teman Ihab dan Ica pun
ada sorang budak asyik ikut je kitorang. Bila Tanya dia cakap mak dia kat situ.
Situ mana tu tak tahu la. Kitorang dah cuba cari mak ayah dia tapi tak jumpa
pulak. Lama tu baru Nampak dia pergi kat orang tukang jual layang layang. Orang
situ rupanya, patutpun dia biar je anak anak dia main sorang. Tapi, memang tak
risau akan hilang ke? Aku rasa kalau kitorang amek anak dia tu pun dia tak
perasan.
Dah puas main berpeluh peluh kitorang pergi la makan makan
kat foodcourt dia. Best, meriah. Kitorang order dimsum dengan lempeng pisang.
Habis licin dimakan.


Dah balik ke bilik tu, aku tunggu kawan datang. Kawan ni
sama UNIMAS dulu, dah lama tak jumpa Atul ni. Sebab kan aku jumoa kawan, Furqan
pun keluar jugak jumpa kawan dia. Tapi sebab kawan dia bukan tengah kerja malam
malam tu, dia jumpa lama. Kawan aku balik lepas setengah jam je. Sedih betul.
Last day kat sini, lepas checkout kitorang ke Pasar Payang.
Sebelum tu makan pagi di warung tepi jalan. Aku dan Furqan makan la nasi
dagang. Wangi je bungkus dengan daun pisang. Ihab dan Ica membantai ketupat
palas punya banyak. Tapi pada aku keras sikit ketupatnya, mungkin digoreng. Aku
tak pasti.


Dah sampai pasar, beli la kain batik untuk Mak Temerloh dan
Mak Rawang. Dan kain pasang untuk diri sendiri jugak. Ihab dan Ica dapat la patung
penyu sorang satu. Abah Ihab beli seluar batik dua helai. Yang bestnya kat sini
tak ramai orang sebab bukan cuti sekolah. Harga pun murah sikit katanya. Orang
kedai kata la sebab orang tak ramai, so diorang tak la jual mahal sangat. Betul
atau tak, tu tak pasti. Dah sudah beli pakaian, terus ke kereta, tak round
tempat makanan pun. Tak tahu la kenapa. Mungkin sebab tengok anak dah selebet.
Kesian. Sebab dalam tu panas. Udara tak bergerak. Tingkap pun tak jumpa kat
mana. Hehe.
Kitorang pun meneruskan perjalanan. Berhenti tepi jalan di
Bukit Payung kalau tak silap untuk beli keropok lekor dan satar. Rasa menyesal
pulak tak beli di pasar payang. Aku yakin pilihannya lebih banyak disana.
Keropok yang dibeli pun tak berapa sedap kalau nak dibanding dengan tahun tahun
dahulu yang pernah rasa keropok dari sana. Kitorang sampai di Temerloh dalam
pukul 6 petang. Malam tu, teruskan perjalanan ke Rawang pulak. Kesian Furqan,
penat dia drive sorang sorang.

Kat rumah Temerloh masa ni, rambut Si Kenit ni jadi
kerinting sebab lama sangat ikat toncet. Haha. Jauh nau perjalanannya.