28 March 2012

berpindah randah

Posted by -izzAh- at 14:58 0 comments

last week apply hostel. Allamanda. nama tak nak kalah. kolej lain semua nama bunga. sakura la, cempaka la. tapi asal yang ni Allamanda? google punya google allamanda tu bunga loceng rupanya. patut la jugak admin letak nama macam tu. kalau letak kolej loceng gila loser. memang kesian.

"kau duduk mana weh?"

"loceng." nak cakap pon malu. Haha.

Okeh okeh. Tamatkan cerita. Hujung minggu ni pindah balik masuk hostel. Senang sikit nak pergi kelas. Lagipun nak duduk sem ni je. Sebab sem depan dah break untuk deliver baby! Yay!

Next week balik umah. Yay lagi! Tak sedar diri sebelum balik tu kena jawab mid term exams. dah tak yay dah.

Tapi takpe, by Thursday dah boleh balik. See you abang sayang!

23 March 2012

meet my new best friend...calculus!

Posted by -izzAh- at 11:37 2 comments

this is my third time amek calculus.

third time? bebal sungguh. dua kali fail calculus.

this time join kelas repeaters. Alhamdulillah. rasa macam makin sayang dengan calculus. haha. tak pernah sangka diri sendiri akan sayang dengan calculus. me and mathematics tak pernah jadi good friend. tak pernah. never.

kelas dengan repeaters ni untung jugak, sebab kelas kecik je..lecturer focus kat benda benda yang penting je. tak macam combined class, ko nak keluar lepas sign attendance pon takde sape perasan. -nampak sangat pernah buat. haha-

so, tadi test 1 calculus. insyaAllah boleh score. hopefully boleh dapat good marks. berhari-hari study calculus, so bila dapat jawab, memang la seronok kan..

orang selalu kate, time mengandung ni elok la buat math banyak banyak, nanti anak jadi pandai. aku memang risau lah, buat math asek tak jadi, rase macam nak sumpah sumpah je..tapi memang tahan la, kang baby lahir dah la tak pandai math, kuat menyumpah pulak. ish, mintak dijauhkan.

satu perkara yang buat aku lega. even aku tak pandai math, hopefully anak ni nanti inherit keterer-an furqan buat math. kalau setakat nak buat tambah tolak darab bahagi, congak je. tak payah susah susah nak bukak beg amek calculator, on calculator lagi. baru dapat jawapan, tu pon kalau tak salah tekan. tapi untuk yang simple simple je la..kalau 890 x 789 pon boleh congak, boleh jual ubat genius lepas nih! komfem aku pelanggan pertama.

dulu die pernah cakap, cukup tak kalau duet makan bagi rm300 sebulan. buat makan je tak masuk duet bil and sewa rumah.

dengan nada yang paling sedih dan syahdu di dunia aku tanya die balik takkan sehari singgit je? nak makan apa macam tu?

sebulan ada 3oo hari ke izzah izzati oii..adehh..cikgu mana la ajar rm300 sebulan=rm1 sehari..

loser betol. itu pon tak reti kira. nasib baik amek calculus sem ni. sekurang-kurangnya baby takde la mewarisi kehebatan ibunya mengira jumlah hari dalam sebulan..hehe

22 March 2012

yay yay! balik! balik!

Posted by -izzAh- at 16:17 0 comments


thanx abang sayang! see you soon!

love you! muah! muah!

13 March 2012

eh, perut dah nampak!

Posted by -izzAh- at 12:01 0 comments
izzahhhhhh!!!!

perut kau dah besar! comey ahh..dah nampak macam pregnant! tapi kan, bukan ke biasanya perut akan besar bila dah empat bulan? kau baru dua bulan kan?

haha..pandai pun teka..

itu namanya makanan, bukan baby.. ;P

how i wish i can stop the makan je kalau dah teringin, nanti baby lahir air liur asek meleleh je..hihihi

disebabkan taknak my baby nanti asek meleleh air liur, so, i makan je la setiap kali rasa nak makan. haha..hilang terus rasa bersalah makan banyak sebab baby yang mintak..

12 March 2012

surah surah amalan

Posted by -izzAh- at 10:39 0 comments
ini mak mertua punya pesanan,

masa first trimester (bulan pertama hingga ketiga),
banyakkan baca surah luqman.

masa second trimester (bulan keempat hingga keenam),
banyakkan baca surah yusuf.

masa third trimester (bulan ketujuh hingga kesembilan),
banyakkan baca surah maryam.

sepanjang mengandung, kalau boleh khatamkan al-Quran.
habiskan daripada juzuk 1 sampai 30, which i think semua orang boleh buat sebab kan biasanya dalam bulan puasa semua akan khatam al-Quran..takkan sebulan boleh habis tapi sembilan bulan tak boleh. kan?

good luck mommies! selamat beramal!

09 March 2012

because of you...

Posted by -izzAh- at 11:50 1 comments
because of you,
i am fat..

because of you,
i drank milk, which i hate..

because of you,
i ate veggies, which i dislike..

because of you,
i have to walk slowly..

because of you,
i stop eating pineapple, which i love..

because of you,
i am not allowed to wear jeans..

but..

because of you,
i learn to eat healthy foods..

because of you,
i learn to wear something nicer..

because of you,
i learn to do things carefully..

because of you,
i learn to talk politely..

most importantly,
because of you,
i learn to talk to Allah frequently..

only He knows how much i love you..
only He knows how much i care for you..

i love you baby..

02 March 2012

first check-up

Posted by -izzAh- at 10:13 0 comments
1 March 2012, 2 pm. arrived at Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kota Samarahan, Sarawak.

pergi kaunter, bagi ic.

"first time? duduk kat mana? "

"aah. kat Taman Makmur."

"Ok, student ke? Unimas?"

"aah. tahun 4"

"kenapa tak planning? nanti dah enam tahun kat sana tak grad-grad lagi. asyik bersalin je"

hambek setepek. mampu senyum je depan nurse.

"plan, tapi dah rezeki. terima je" senyum lagi.

nurse pun tolong registerkan. dia bagi satu buku warna pink.

"awak jalan terus, kat tepi tu ada makmal. letak buku ni dalam bakul kat tepi pintu makmal tu"

dah tunggu dalam 10menet, sampai la turn kena panggil. nurse makmal kate nak amek darah. ingatkan setitik dua je. banyak rupenye. sikit punye besar jarum die guna. sampai penuh lah picagari tu.

lepas tu pergi balik kat kaunter, bagi balik buku tu. nurse kaunter kate something pasal urine test tapi tak berapa nak paham. so, abaikan. lepas tu kena panggil semula masuk dalam bilik nurse lain pulak.

"mana air kencing?"

"heh? nak ke? bottle?"

"g mintak kat nurse kat kaunter"

"nurse, nak bottle untuk urine test"

nurse kaunter kate, "g mintak kat makmal"

nasib baik nurse makmal bagi, kalau tak, tak tau dah nak mintak kat nurse mana lagi.

bawak la bottle beserta urine masuk bilik nurse tadi. dia celup strip.

"ok, mengandung. duduk kat situ"

nurse pon interview la macam-macam. bila kawen, duduk kat mana, sihat ke tak, muntah ke tak, macam-macam la. semua boleh jawab dengan cemerlang. sempat berfikir, kalaulah soalan exam macam tu, confirm sampai tak muat transcript nak tulis A++++++++++

tiba-tiba,

"alamat rumah apa?"

"aaaa...saya tak ingat la." tersengih-sengih la kat situ lagi busuk daripada kerang busuk.

"rumah sewa? lepas ni untuk next check up, tengok dulu alamat kat bil air."

"ok nurse..."

"tahu kebaikan susu ibu?"

"tau." konfiden je jawab dengan harapan nurse tak bagi ceramah.

"takpelah, saya cerita jugak. susu ibu ni....baik....immune system...bla bla bla...panaskan susu....simpan...bla bla"

sepanjang proses penceramahan berlaku, berdoa dengan gigih, tolonglah jangan menguap depan nurse ni...tolonglah!

selesai check up semua, dah pukul 4. bayangkan, ceramah, check up, and nak kena tunggu nurse tuliskan buku (2 copies, satu untuk klinik, satu untuk sendiri simpan). lepas dah siap tulis dua-dua buku, nurse suruh bagi kat kaunter semula untuk ambek number baru untuk jumpa doctor pulak. jumpa doctor pun kena bawak jugak buku pink tu.

tunggu la lagi..tengok kat tangan, number 20. tengok kat pintu, number 18. mujur yang ni tak lama sangat. doctor nak scan rupanya. sejuk je gel yang letak kat perut tu. hehe.. doctor kata baby kecik lagi, tak dapat nak ukur. next check up la scan lagi. doctor bagi balik buku pink suruh bawak lagi pergi jumpa nurse tadi.

dah nak kurus badan kehulu kehilir dalam klinik tu. nurse nak tengok scan baby je rupanya. bila dah tetapkan next check up, baru boleh balik. legaaaaaa.tengok jam, 4.30 pm..dua jam setengah dalam klinik.

balik umah nak layan hindustan pun dah takde feel. letih gila. nasib baik jumaat takde kelas.
 

Anak Ibu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review