29 May 2012

surprise!!

Posted by -izzAh- at 10:32 0 comments
assalamualaikum.

so, surprise semalam dah jadi kenyataan. lama dah plan nak celebrate birthday furqan tu, before dia datang sarawak lagi aku dah contact adik dia mintak tolong. siap bank-in duit mintak tolong beli cheesecake and sushi. favorite furqan la dua menda tu. hehe.

dia sampai rumah semalam dalam pukul 6.20 ptg. dah rehat-rehat semua, dia call bagitau yang malam ni dinner kat umah wan. wan tu nenek furqan, rumah dekat je ngan kitorang.

aku memang tau la dia memang akan dinner kat sana sebab petang tu jugak, adik ipar aku, Nurul ada telefon tanya atas kek tu nak tulis apa.

aku kat bilik berapa kali dok belek-belek phone.

bila la furqan nak call lagi ni?

dah terkejut ke belum?

ke dah pengsan sebab terkejut sangat? hehe

pastu ada bunyi mesej masuk.

ayg!!!

hehehe...terkejut sangatlah tu sampai tak terkata apa-apa. haha

aku kan takde kat tempat kejadian. kena la imagine sendiri apa yang berlaku kat umah wan time tu. hehe

from sarawak with love, izzah & baby..haha..tulisan atas cake gedik melampau

thanx a lot to Nurul sebab tolong k.izah buat benda ni. thanx jugak kat semua yang ada kat umah wan malam tu untuk celebrate birthday my beloved husband ni. thanx mak sebab tolong masak!

happy birthday abg. hopefully abg suka cheesecake and sushi tu. ni je yang mampu dibuat.wuwuwu





28 May 2012

can you feel the love?

Posted by -izzAh- at 09:33 2 comments
courtesy of : Facebook kak iba
adorable kan? budak-budak pun syg kat dia. ni  pulak aku.
both of them are my cousins. ni gambar time diorang pergi kenduri kat maran baru-baru ni. nampak kasih sayang kat situ. hehe. rasa macam rugi pulak takde dengan diorang.

btw, harini birthday furqan. happy birthday sayang. sorry takde hadiah. nak celebrate sama-sama pun x dapat. nanti balik rumah org masakkan untuk abg okay syg?

org doakan abg 
sentiasa berada dalam keadaan sihat, 
dilimpahkan dengan rezeki yang halal, 
dikuatkan iman, 
dipanjangkan umur,
dipermudahkan urusan,
dijauhkan dengan musibah.

org jugak doakan jodoh kita panjang.

thanx for being my leader, my supporter. semoga syurga untuk kita.

ini untuk abg..
(sambil tu boleh la imagine org tgh main gitar..haha)
Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..




27 May 2012

kfc punya pasal

Posted by -izzAh- at 15:29 0 comments

Assalamualaikum.

Kalau minggu lepas, time ni aku n furqan tengah lunch kat raja ayam bakar. Tapi kitorang bukan makan ayam pun. Furqan amek sotong penyet. Aku pulak amek ikan bakar. Side dish, banana cheese dengan tembikai kuning. Dah makan kenyang, kitorang gerak pergi spring. Tengok movie cerita dark shadow. Boleh la tahan. Lepas tu baru balik unimas untuk amek atul and pergi airport untuk dinner and hantar furqan balik KL.

Tapi tu minggu lepas punya cerita. Sekarang? Aku dok membuat project java sambil melayan atul punya debate. Furqan pulak on the way balik dari maran. Ada kenduri. Semoga diorang selamat sampai rumah. Sambil- sambil tu dok makan aiskrim dengan milo. Negh3. Lazat o0o0. Kat umah selalu la buat tapi kat sini nak cari aiskrim dalam bekas tu susah sikit. Nak beli yang banyak takde peti nak simpan.

Semalam dah nanges sebab tak dapat keluar makan KFC. Haha. Loser. Heartbroken gila sebab semua kereta tak available. Lepas tu mak call,
“kat mana?”
“faculty.”
“eh, cepatnya keluar. Dah ada kat faculty semula dah. Dapat tak makan aiskrim?”
(-__-). Terus menangis.
“tak keluar pun lah. Ok, kat cafĂ© ni. Nak makan bihun sup. bye”
Sebenarnya takut mak dengar nangis nanti kena marah. Haha
Sorry ye emak, nanges adalah ubat paling best bila tak dapat sesuatu. Hihihi.

Balik pada cerita aiskrim + milo. Tengah dok syok-syok menyuap, tiba-tiba.
“izzah. Orang cina kalau mengandung tak boleh makan aiskrim. Pantang. Nanti baby kamu besar”
Choon See bagitau.
“haa..kawan kak lin time mengandung dok minum ais, anak lahir 4.4kilo. doktor tak bagi bersalin normal. Kena Caesar.”
Kak lin pulak bagitau.
Sebab dah beli, makan je la. Nanti membazir. Hehe. Baru makan sebekas kecik tak pe kot. hehehe.
lagipun, minggu lepas time check up nurse dah bagitau yang baby memang besar. hehe.. nanti-nanti baru cerita pasal check up okayy

23 May 2012

jumaat punya cerita

Posted by -izzAh- at 09:00 0 comments
assalamualaikum.

alhamdulillah. selesai sarapan untuk pagi ni. dah hari rabu dah. tengok-tengok kalendar, dah tiga hari furqan balik semenanjung semula. rasa macam dah lama sangat. padahal baru tiga hari.

sepanjang kat sini, kitorang habiskan masa dengan makan and lepak-lepak je. plan nk g serikin and pantai sematan n lundu memang tinggal kenangan. haha. plan nak makan-makan of course la jadi kenyataan.

segala apa yang aku pernah sebut nak ajak dia pergi, semua dia sebut semula. so, memang kena bawak la kan.
kang tak dapat kempunan, bukan lagi baby, sampai ke bapak baby meleleh air liur. haha

jumaat petang dia sampai kitorang check-in hotel untuk aku solat maghrib and dia mandi-mandi. belengas. masih lagi pakai baju kerja. lepas tu gerak g matang. nak try sushi kat sini. lepas makan sushi plan nak makan nasik pulak. jalan punya jalan, kitorang singgah nak isi minyak.

tiba-tiba,

"eh, beg kak wa tertinggal la."
"kat mana?"
"sushi. hehheeh"

adeh. nasib baik la kak wa berjasa dengan kitorang malam tu. kalau takkkkk...
atul pun berjasa jugak, tapi sebab atul tak buat hal, so, tak nak cerita pasal atul. haha

kitorang pun patah balik g tempat sushi. dah amek beg, perjalanan diteruskan ke boyan. kat food court. nak makan ayam penyet. aku order nasi n ikan terubuk, atul and furqan order ayam penyet. kak wa? order mi kari. makanan dia sampai dulu. dia pun makan la dulu. takut mi kembang katanya.

dah habis makan nasik, diorang tanya,

"lepas ni korang nak g mana?"
"takde kemana, hantar korang balik lah. asal?"
"singgah McD kejap eh."

LAPAR LAGI LETTEW!

ini baru cerita jumaat. belum lagi sabtu dan ahad. macam-macam ada!

17 May 2012

dia sayang saya lebih.

Posted by -izzAh- at 10:41 0 comments
haha. sama-sama sayang lebih sebenarnya.

furqan datang esok.

yay! yay!

furqan datang esok

yay! yay!

actually beli ticket flight dari minggu lepas lagi.

tapi tak ter-update dalam ni sebab time beli tu takde siapa pun yang tahu lagi.

mak pun tak tahu.

so, takkan la orang lain yang tahu dulu baru bagitahu mak kan?

bila dah bagitahu mak, dah terlupa nak bagitahu dalam ni. hehe.

nampak tak boarding pass tu?

nampak tak?

hehe. good. good. ni yang best ni. boleh kirim banyak-banyak.

yayyyyy!!

honeymoon!!

-assalamualaikum-

15 May 2012

sembilan dua puluh malam semalam

Posted by -izzAh- at 10:03 2 comments
tengah dok melayan cerita korea, ayah called.

ayat pertama ayah, tiba-tiba teringat kat izzah, sebab tu ayah called.

lepas tu ayah tanya khabar, ada kelas ke tidak, tengah buat apa, dah makan ke belum.

perbualan-perbualan biasa antara ayah dan anak.

bila dah letak phone, tiba-tiba sebak.

baru perasan, ayah tak pernah call pun sebelum ni. selama kahwin, itu first time ayah call.

baru perasan jugak, selama saya hidup 22 tahun, itu first time dapat call daripada seorang ayah.

ye, saya dah lama takde ayah. dah 16 tahun takde ayah.

daripada umur saya 6 tahun saya dah takde ayah.

arwah ayah saya, yang saya panggil abah, dah lama meninggal. kubur ada di negeri sembilan.

seingat saya, selama saya hidup, saya tak pernah dapat peluang nak wish happy father's day.

seingat saya, selama saya hidup, saya tak pernah dapat peluang nak wish happy birthday abah.

seingat saya, selama saya hidup, saya tak pernah dapat peluang nak wish selamat hari raya abah.

seingat saya, selama saya hidup jugak, saya tak pernah save sesuatu phone number sebagai ayah.

mungkin ada saya pernah wish tapi semua wishes tu, tak lekat dalam memori saya yang baru berusia 6 tahun time tu.

lepas kahwin, disebabkan saya masih tinggal dengan family mertua, banyak yang perlu saya adjust untuk hidup dengan seorang ayah.

saya mula belajar untuk panggil ayah makan.

saya mula belajar untuk tanya ayah pergi kerja pukul berapa

saya mula belajar untuk ucap, selamat hari raya ayah.

lepas ayah call semalam, saya mesej mak mertua saya,

"mak, tolong cakap kat ayah, thanx sebab call. saya rasa that was my first phone conversation saya with a father yang saya tak pernah rasa pun sebelum ni."

lepas beberapa ketika, phone saya berbunyi lagi. kali ni mesej dari ayah.

"ayah tengah usrah dapat mesej mak. ayah gembira dan bangga izzah jadi part of family ni. cuma ayah ni kurang expressive saja ye. harap jaga solat, doa banyak-banyak. jaga diri dan kandungan"

takde apa yang mampu saya balas untuk mesej tu selain thanx ayah.

setiap kali lepas solat, saya selalu doa supaya Allah SWT panjangkan umur ahli keluarga saya, panjangkan jodoh saya dan suami saya.

saya taknak anak saya jadi macam saya. saya takut anak saya nanti tak merasa nak panggil ayah. saya takut anak saya nanti takde memori dengan ayah dia. saya takut ayah baru saya pun tinggalkan saya. saya sayang suami dan semua ahli keluarga saya. semoga semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dilindungi-Nya.

tolong doakan untuk saya.


08 May 2012

baby bergerak!

Posted by -izzAh- at 10:19 0 comments
Pagi semalam sebenarnya. Tengah dok golek-golek tunggu Furqan call. Ada rasa sesuatu. Ceh. Sesuatu tu yang tak menahan tu. Ada rasa baby bergerak. Active sungguh! Tak tau la dok menendang ke, menumbuk ke, lempang-lempang ke. Yang pasti, excited sangat. Tak jadi tunggu Furqan call. Aku yang call dia. Excited nak bagitau yang dah dapat rasa baby bergerak.


Bila dah dapat rasa baby, rasa bersyukur sangat sebab dapat feeling yang baby ni sihat. Alhamdulillah. Hopefully, baby akan terus sihat and bergerak-gerak dengan gembira dalam perut ni. Jangan dok kuat sangat tendang sampai terkeluar kaki sudah. Haru-biru nanti tak tau nak excited ke hape. Haha.

04 May 2012

parcel from home

Posted by -izzAh- at 17:36 0 comments
tak jadi lah nak cerita pasal pizza. dah tak ingat. lama sangat tangguh.

semalam, dapat parcel dari rumah. mak hantar.

ceritanya macam ni,

"mak. hantar serunding. dengan roti. tadi makan kat cafe. order tomyam. lepas tu tak sedap. tawar."

bla bla bla. sob sob. (sambil sedut-sedut hingus konon syahdu gila dapat tomyam tak sedap)

"kenapa tak makan yang lain? balik bilik bancuh la milo"

"kettle takde. milo takde. biskut takde. lapar."

maka drama pun bermula.

"kettle pun takde? ape la nak jadi. beli lah. untuk kegunaan sendiri. esok mak poskan. lain kali beli je. jangan kedekut duit. bila dah lapar macam ni kan sendiri jugak yang susah."

sedutan hingus menjadi semakin kencang.

"takyah la pos kettle. nanti susah nak bawak balik. kena register barang-barang elektrik kat kolej lagi."

"tak kira. nak hantar jugak. susah hati mak dengar dok menangis je. tak elok untuk baby"


gostan 10minit sebelum tu.


"abang. tadi pergi cafe. nak makan tomyam tapi tak sedap. dia bagi macam ayam rendam dalam air lada je. dah la tawar"

"alalala kesian sayang abang. lepas ni tak payah makan kat cafe tu dah okay. g makan tempat laen je."

"okay."

tak sempat nak buat drama sedut-sedut hingus sebab awal-awal dah kena pujuk. call me mengada whatsoever, orang mengandung memang sensitive and suka dipujuk. haha. enough. enough.

actually, call mak tu, sebab bajet nak kena pujuk kali kedua la kan. tiba-tiba plan tak menjadi.

ending nya,

"ingatkan call nak mintak kesian je. tadi call furqan elok je die cakap tak yah pergi cafe tu dah. tak expect la mak nak kata pasal kettle semua"

".....ok lah macam tu. sorilah. esok mak kirim."

bila parcel sampai je. dalam lab jugak bukak. muahaha. roti + serunding + acar buah + keropok ikan + keropok sira + biskut + chocolate + KETTLE!

haha. gembira tak hengat. dalam lab jugak dok makan-makan segala. siap makan roti dengan serunding lagi.

time kaseh mak and sayang sebab selalu support me! i love you!
 

Anak Ibu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review