12 October 2012

sepuluh orang satu team

Posted by -izzAh- at 21:56 0 comments
assalamualaikum.

harini pergi lagi hospital. sebabnya dari semalam dok keluar air. tak tau la air apa. nak kata sikit tak jugak. nak kata banyak pun tak. tapi basah jugak la seluar tiap kali ada air keluar. pagi semalam dua kali dia keluar. tadi dalam pukul dua petang macam tu ada keluar lagi.

so, jom pergi hospital. aku pun decide pakai baju mengandung warna coklat dengan tudung hitam.

"mak, haritu pergi pakai baju dengan tudung ni jugak. nanti orang perasan macam mana?"

"takde perasannye lah. ramai orang datang hospital."

"ye jugak. lagipun kali ni pergi siang kan. dulu pergi malam. mesti doctor lain yang tengok nanti"

aku pun konfiden la bersiap. belasah je pakai baju dengan tudung yang sama. dah yang tu je yang dah iron. nak iron yang lain malas. lepas bersiap siap, dalam pukul 3.30 sampai la hospital. rutin macam masa pergi first time dulu. bagi buku pink then kena pergi naik tingkat lima. furqan and mak temerloh pun dah tau. furqan kata nak balik dari tempat kerja tapi aku kata jangan dulu, takut baby tak jadi keluar.

sampai kat tingkat lima, dia suruh baring. aku dah nampak kelibat doctor haritu. ahhh sudah, mesti dia perasan pakai baju sama!

tengah dok baring baring tu, datang la dua orang doctor. salah sorang tu, memang doctor yang sama haritu. aiseymen, takde doktor lain dah ke.

"eh, i've seen you before kan?"

"aah."

"yang student kat sarawak tu kan?"

"aah."

"dia dah pernah datang dah" selamba je doktor tu cakap kat doctor lagi satu.

kan dah kata ada yang perasan pakai baju dengan tudung yang sama!!!!!!!!!!!!!!!!!!

check punya check, doctor suruh balik rumah lagi. hahah..tu bukan air ketuban, normal discharge katanya.

dia kate kalau air ketuban masa berdiri pun dia akan mengalir ke keluar. meleleh leleh. kalau sikit sikit macam tu, bukan.

nak tau macam mana dia check? dia suruh batuk. kalau sambil batuk tu ada keluar air, tu komfem air ketuban. kalau tak, tu bukan.

nak dijadikan cerita, furqan pulak call.

"camne yang?"

"belum la. dia masih main main. tak nak keluar lagi"

"oooo..YB ada bagi ticket bola. selangor lawan kelantan. abang pergi tengok eh. lagipun hujan kat sini. tak pernah tengok live kat stadium pulak tu"

mentang mentang la baby tak jadi keluar, ayah dia pun terus tak jadi balik. bola dan hujan dijadikan alasan.

tapi, setahu aku furqan ni bukan orang minat sukan.

"ye la abang tu nak pergi tengok bola. abang bukan minat sukan pun. berapa orang satu team pun belum tentu abang tau"

"tau lah. apa pulak tak tau."

"berapa orang satu team? player utama ada berapa?"

dengan konfiden level paling tinggi dia pun menjawab.

"SEPULUH."

haha. group sape la yang dah short sorang player sebelum game start tu ye. adoi. abang abang.


aku terima nikahnya

Posted by -izzAh- at 21:27 0 comments

assalamualaikum.

furqan balik kerja macam biasa.

"sayang buat apa harini?"

"macam biasa, basuh pinggan. basuh baju..sidai baju..lipat..kenapa?"

"penat la ni?" sambil sengih sengih.

sebelum jawab tu, gigih otak berfikir, harini hari khamis, movie baru keluar..yayyy!!

"ehhhhh...tak. tak. mana ada penat!"

"hehe..nak pergi tengok movie?"

lagi laju dari cahaya aku menjawab nak.

hehe..tengah tunggu masa nak bersalin pun sempat pergi tengok movie..kat jusco rawang

disebabkan movie start pukul 9.10 malam kitorang pun keluar la sejam awal..

maklumla, bawak kenderaan berat sebesar paus ni kena jalan slow slow. nak sampai cinema dah setengah jam, nak berjalan dari tempat parking masuk dalam pun dah satu hal..nak berjalan cari jajan pun satu hal lain lagi.hihihi

sebut pasal jajan, kitorang dah decide tak nak popcorn. ingat nak cari potato chips je tapi tak nak beli yang kat kaunter wayang. nak carik yang kat supermarket. murah sikit kononnya.

jalan punya jalan ternampak pulak stall sushi..singgah la kejap..beli la yang salmon yang dah siap peket..disebabkan aku ni bukan peminat nasik pulut berlaukkan ikan mentah, aku pun ajak la furqan pergi bakery, nak beli roti.

hasilnya, jajan movie kitorang adalah sushi and butter croissant and roti ada isi ketam atas dia. sungguh melampau! sumbat sumbat dalam handbag, kitorang pun jalan la depan orang check ticket tu macam takde pape je yang berlaku.

kitorang pun tengoklah aku terima nikahnya by nora danish and adi putra..

romantik gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa

tapiiiiiiii

macam lebih sesuai dibuat drama je..

tak banyak konflik pun..

takat nak tengok nora danish kiut miut peluk cium adi putra boleh la..hehe

                                            

07 October 2012

dari nenek kepada cucu

Posted by -izzAh- at 11:55 0 comments




kain tu kak long beli online
tapi mak rawang yang bagi suruh buat sarung
kerja kerja jahit mak suruh buat sendiri tapi hantar balik termerloh
so, mak termerloh la yang buat..
bantal dan bantal peluk, cik mar yang buat..
tilam, opah kat matang, taiping yang buatkan..

terima kasih semua! =)

04 October 2012

kakak ipar penjaga

Posted by -izzAh- at 15:16 0 comments
assalamualaikum

hampir setiap malam aku akan teman adik adik furqan buat homework.

sama jugak malam tu.

semua berlaku macam biasa.

kak izzah duduk bersila.

"adik, kakak, cepat. buat homework. karang boleh solat and tidur. cepatttt"

"kakak takde homework."

"ok. adik?"

takde jawapan. 

"ooo adik. buat homework cepat. kalau tak kak izzah masuk bilik, tidur. adik buat kerja sorang sorang"

tiba tiba, tak disangka sangka

"kak izzah tolong sign report card sekolah agama"

"eh, kenapa kak izzah pulak yang sign? mak ngan ayah kan ada dalam bilik tu"

"SEBAB KAK IZZAH PENJAGA"

adeh. terdiam dua saat dengar adik punya jawapan.

kamu anggap kak izzah ni penjaga ye selama  ni. haha

teserlah sangat sisi makcik makcik dalam diri.



 

Anak Ibu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review