assalamualaikum.
harini pergi lagi hospital. sebabnya dari semalam dok keluar air. tak tau la air apa. nak kata sikit tak jugak. nak kata banyak pun tak. tapi basah jugak la seluar tiap kali ada air keluar. pagi semalam dua kali dia keluar. tadi dalam pukul dua petang macam tu ada keluar lagi.
so, jom pergi hospital. aku pun decide pakai baju mengandung warna coklat dengan tudung hitam.
"mak, haritu pergi pakai baju dengan tudung ni jugak. nanti orang perasan macam mana?"
"takde perasannye lah. ramai orang datang hospital."
"ye jugak. lagipun kali ni pergi siang kan. dulu pergi malam. mesti doctor lain yang tengok nanti"
aku pun konfiden la bersiap. belasah je pakai baju dengan tudung yang sama. dah yang tu je yang dah iron. nak iron yang lain malas. lepas bersiap siap, dalam pukul 3.30 sampai la hospital. rutin macam masa pergi first time dulu. bagi buku pink then kena pergi naik tingkat lima. furqan and mak temerloh pun dah tau. furqan kata nak balik dari tempat kerja tapi aku kata jangan dulu, takut baby tak jadi keluar.
sampai kat tingkat lima, dia suruh baring. aku dah nampak kelibat doctor haritu. ahhh sudah, mesti dia perasan pakai baju sama!
tengah dok baring baring tu, datang la dua orang doctor. salah sorang tu, memang doctor yang sama haritu. aiseymen, takde doktor lain dah ke.
"eh, i've seen you before kan?"
"aah."
"yang student kat sarawak tu kan?"
"aah."
"dia dah pernah datang dah" selamba je doktor tu cakap kat doctor lagi satu.
kan dah kata ada yang perasan pakai baju dengan tudung yang sama!!!!!!!!!!!!!!!!!!
check punya check, doctor suruh balik rumah lagi. hahah..tu bukan air ketuban, normal discharge katanya.
dia kate kalau air ketuban masa berdiri pun dia akan mengalir ke keluar. meleleh leleh. kalau sikit sikit macam tu, bukan.
nak tau macam mana dia check? dia suruh batuk. kalau sambil batuk tu ada keluar air, tu komfem air ketuban. kalau tak, tu bukan.
nak dijadikan cerita, furqan pulak call.
"camne yang?"
"belum la. dia masih main main. tak nak keluar lagi"
"oooo..YB ada bagi ticket bola. selangor lawan kelantan. abang pergi tengok eh. lagipun hujan kat sini. tak pernah tengok live kat stadium pulak tu"
mentang mentang la baby tak jadi keluar, ayah dia pun terus tak jadi balik. bola dan hujan dijadikan alasan.
tapi, setahu aku furqan ni bukan orang minat sukan.
"ye la abang tu nak pergi tengok bola. abang bukan minat sukan pun. berapa orang satu team pun belum tentu abang tau"
"tau lah. apa pulak tak tau."
"berapa orang satu team? player utama ada berapa?"
dengan konfiden level paling tinggi dia pun menjawab.
"SEPULUH."
haha. group sape la yang dah short sorang player sebelum game start tu ye. adoi. abang abang.
about me
- -izzAh-
- happily married to my hero Abdullah Furqan bin Adnan. =)
usha-usha
glamour!
-
bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah, di atas segala kurniaanMu kepada ku, k...
-
bila period dah lambat, hati dah resah. otak dah memikir. pregnant ke? mengandung ke? study belum abeh. duduk jauh-jauh. ahhh sudah. biarkan...
-
tengah dok melayan cerita korea, ayah called. ayat pertama ayah, tiba-tiba teringat kat izzah, sebab tu ayah called. lepas tu ayah tanya...
-
Ok, yang ni baru je pergi 17/9-19/9 haritu. Kitorang keluar dari rumah Temerloh lebih kurang pukul 1030pagi terus menghala ke Kuala Tere...
-
assalamualaikum. korang layankan je la gambar foods yang ada ni...beli time pergi pasar malam kat area rumah..nak makan dua orang je, t...
-
tahun ni berjalan raya ke rembau boleh kata satu family beraya sakan mak pun happy sebab semua ada balik alhamdulillah, pujian untuk Alla...
-
sekitar birthday ihab di rumah amara celebrate 17 okt yang lepas kek buruk tu ibu yg buat..haha sememeh aje ...
-
Pagi semalam sebenarnya. Tengah dok golek-golek tunggu Furqan call. Ada rasa sesuatu. Ceh. Sesuatu tu yang tak menahan tu. Ada rasa baby ber...
-
assalamualaikum. jumaat lepas pergi sugar test. doctor nak tau ada kencing manis ke tak, sebab berat naik banyak sangat. sugar test kena b...
-
assalamualaikum. sebenar benarnya dah berlaku hari rabu lepas. tapi baru berkesempatan menulis petang ni..sambil sambil tunggu furqan bali...
12 October 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment