24 February 2012

pregnancy test

Posted by -izzAh- at 10:47
bila period dah lambat, hati dah resah. otak dah memikir. pregnant ke? mengandung ke? study belum abeh. duduk jauh-jauh. ahhh sudah.

biarkan dulu. hari hari berjalan macam biasa.

satu pagi, rasa nak makan roti canai. start motor, pergi kedai.

"roti kosong dua, air suam satu. roti planta satu, air neslo satu." kitorang pun order.

lepas makan, nak balik rumah. lalu pulak depan 7e. furqan berenti kan motor. ahh sudah. ni mesti nak suruh beli pregnancy test.

motor dah brenti. tapi tak masuk pun lagi. berfikir. nak masuk ke tak nak masuk. tak nak masuk ke nak masuk. masuk je lah. furqan tunggu kat luar.

cari punya cari tak jumpa. legaaaaa. tak payah beli sebab 7e tak jual. tak beli maksudnya tak payah test. tiba-tiba furqan masuk.

"ada tak?"

"takde. jom lah balik."

"kak, pregnancy test takde eh?" dia amek jalan mudah, tanya ke kat kaunter. takyah beria nak round satu 7e tu.

"ada. nak yang mana? ada yang RM8.9. ada yang RM17"

"yang RM8.9 dah la kak." dia pon beli. aku pun amek dan simpan dalam handbag.

dua hari lepas tu. aku balik temerloh sorang sorang. Furqan ada kerja. balik naik bas. handbag beserta pregnancy test tetap dibawa bersama.

keesokannya, di temerloh. rasa macam nak buang air. nak masuk toilet, ternampak handbag. lansung teringat pasal pregnancy test. bukak handbag, amek.

baca construction. celupkan strip dalam bekas berisi air kencing dan tunggu seminit untuk lihat keputusan. nak kena kencing dalam bekas ni yang aku malas ni. melilau mata kat rak pinggan mencari bekas yang agak agak mak dah nak buang.

bila dah celup strip, letak je kat tepi. malas nak tengok lagi. tapi tak tahan, mata asek nak menjeling bekas tu. ah lantak, tengok je lah.

satu line. tak pregnant.

tengok kali kedua. dua line. pregnant.

cek kat kotak. dua line = pregnant. cek balik kat strip. dua line. memang pregnant. sahih!

keluar toilet. pergi kat depan, amek phone. masuk balik dalam toilet.

"abangggggggg!! pregnant laaaaa!!! dah test dah tadi "

"hahahahahha" furqan ketawa. macam dah takde reaksi lain yang dia boleh bagi.

"abeh tu macam mana ni?"

"macam mana apa? dah mengandung. esok g la klinik pulak"


1 comments:

Post a Comment

 

Anak Ibu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review