27 July 2012

rezeki Allah

Posted by -izzAh- at 14:55 0 comments

alhamdulillah. syukur.

dah dapat 1 certificate untuk software testing. =)

malam ni insyaAllah balik temerloh.

semalam berbuka puasa ramai ramai sebab wan n angah nak pergi australia, rumah pakcu.

semalam jugak, berjalan sampai lemau dengan mak, shopping baju mengandung n baju baby.

mak belanja.

malam tadi furqan ajak tengok movie.

we had a very good time.

alhamdulillah, rezeki ramadhan.

22 July 2012

salam ramadhan!

Posted by -izzAh- at 00:13 0 comments
assalamualaikum.

selamat berpuasa semua!
semoga dalam bulan yang mulia ni, kita sama sama dapat memperbanyakkan amalan, meningkatkan ibadat- ibadat..

terawikh jangan lupa, tak dapat pergi masjid, buat sendiri kat rumah pun dah cukup baik..
banyak fadhilatnya solat terawikh tu..

hanya Allah yang tau layak memberi ganjaran untuk setiap amalan kita time bulan puasa..

hari pertama puasa, sakit perut..wuwuwu

lepas sahur, perut dah meragam..

tengah hari pun sama..adeh..dugaan, dugaan..

tadi lepas asar, pergi Tesco kat depan umah..

orang lain pergi bazar, aku ngan furqan pergi Tesco

cari barang baby..

mula mula tengok dekat kedai Anakku..

lepas tu decide untuk tengok kat department baby yang ada kat dalam Tesco..

jalan punya jalan, nampak kat tempat baju yang longgok longgok SALE 75%

memang la kaki terus melangkah ke situ, lupa dah baby,
terus rasa nak cari baju sendiri..haha

korek punya korek, jumpa baju baby dalam longgok tu, tengok harga, RM2

eh, murah! bagus! baju pun cantik cantik, material pun ok..

takde la baju murahan yang layak jadi kain lap tingkap je

ingat balik kat baby, lupa kat diri sendiri..hehe

so, kitorang pun teruskan pencarian untuk baju baby..

seriously murah..sehelai seluar RM2.90, less 75% jadi RM0.73..

haha! 73 sen je oii..mana nak cari tempat lain

tapi tu yang paling murah la, yang lain semua RM2 sehelai..

kitorang pun beli la beberapa helai baju, seluar, sarung tangan, sarung kaki and topi..

kalau compare harga dengan kat kedai Anakku tadi, mungkin akan dapat sepasang je..

alhamdulillah, rezeki anak di bulan mulia..=)


17 July 2012

it's a girl! =)

Posted by -izzAh- at 15:25 2 comments
assalamualaikum.

seperti yang dijanjikan, harini pergilah jumpa doctor kat klinik kesihatan rawang. dah selesai amek darah sume, tunggu turn nak masuk bilik doctor.

sambil sambil tu, dok la bermain main dengan budak budak yang berkeliaran dalam klinik tu..hehe

bila dah sampai turn, doctor pun tanya, ubat makan setiap hari tak?

"makan." konfiden abeh jawab macam tu.

"setiap hari? tak pernah miss?"

"err...ada jugak miss..hehe" tadi konfiden sangat. amek kau

"ubat makan setiap hari..takut nanti baby lahir tak cukup berat"

"ok.ok"

"pergi baring."

"dah boleh check ke baby boy ke girl?"

"patutnya boleh. tapi bergantung pada position baby jugak"

doctor pun letak la gel sejuk banyak banyak atas perut, lepas tu scan..klinik ni best sikit, ada tv besar kat depan katil..tak perlu la time scan tu terteleng teleng nak tengok baby dekat monitor tu...tengok je kat tv besar depan kita..senang.

"ok ke semua doctor?"

"insyaAllah semua ok..jantung ok, perut ok, spine dia pun ok..insyaAllah la takde pape. baby ni perempuan"

"oooooo..baby girl" sambil tu dah senyum senyum terbayang bayang nak pakaikan baby skirt apa..hehe

"songsang anak awak ni..kepala dia kat atas."

"erk. memang akan lahir macam tu ke nanti?"

"dia ada possibility untuk pusing lagi, jangan risau."

dah setel semua, cerita kat mak sebab mak tak masuk sekali dalam bilik doctor tu.

"selalu usap-usap perut tu..pujuk baby supaya dia pusing lagi..nanti tak susah nak bersalin. banyak-banyak baca doa insyaAllah dipermudahkan" mak pesan.

tak lama lepas tu, furqan call. dari tempat kerja. aku pun cerita la benda yang sama. sesungguhnya kali ni kuah tak tumpah ke nasi, kuah dah tumpah ke lantai.

ada ke patut dia jawab macam ni..

"tepuk sikit kepala baby tu suruh dia turun."

haha! berbeza sungguh dengan mak dia...bergurau jo kojo eh..ingatkan nak suruh baca doa jugak..ada ke patut suruh tepuk kepala. adeh (-___-)

tapi alhamdulillah semua berjalan lancar harini..

hampir hampir bersalin.

Posted by -izzAh- at 15:10 0 comments
assalamualakum.

so, semalam pergi check up dekat klinik desa kampung kenanga. lepas seminggu bercuti kat temerloh, tiba masa untuk ulang balik rutin-rutin harian. hehe

berbalik pada cerita asal, pergi klinik tu dalam pukul 11 lebih. mak mertua yang tolong hantar. furqan kerja. sampai kat klinik, dah register semua, kena timbang. 56.4kg. ok la tu kot naiknya. nurse pun takde cakap pape.

dah sudah timbang, check darah pulak. mula mula blood pressure, 123/68. lepas tu hemoglobin.
10.4. rendah. adeh. dah kena jumpa doctor. tapi disebabkan ni klinik desa je, doctor takde. yang ada cuma nurse. so, nak jumpa doctor kena pergi klinik kesihatan rawang, klinik yang sama buat sugar test haritu.

lepas tu tunggu turn nak scan pulak. nurse suruh baring.

"26 minggu lebih?"

"aah."

"saya tengok macam dah tujuh bulan lebih je ni"

aku senyum je lah. tak tau nak react macam mana dah.

"ok, meh ikut saya,.. esok awak kena jumpa doctor.. tapi datang klinik ni dulu untuk amek buku"

"ok. ok. pagi esok saya datang klinik sana"

tiba tiba,

"baju baby dah beli?"

"belum. tengok pun belum. beli apatah lagi"

"lepas ni dah boleh la start beli baju baby"

terus terfikir,

tadi nurse kata dah macam tujuh bulan lebih.

baby boleh je keluar time tujuh bulan.

ni dah kena cari baju

DAH NAK BERSALIN KE AKU NI?

11 July 2012

nafsu dua beranak

Posted by -izzAh- at 16:01 0 comments
assalamualaikum.

korang layankan je la gambar foods yang ada ni...beli time pergi pasar malam kat area rumah..nak makan dua orang je, tapi dia punya banyak macam makan sepuluh orang...takpe, jangan risau..semua habis dimakan..takde yang dibazirkan..pergi dengan mak ngan mak lang..lepas anta maklang balik rumah, aku ngan mak terus la makan sampai kenyang, tak pandang kiri kanan dah..=)




murtabak daging tu aku punya...kuah mesti nak kuah bawang.
tak lalu nak makan murtabak dengan kuah kari

laksa dengan kuih lompat tikam tu mak punya..kuih buah melaka tu 
pun mak punya pilihan jugak

yong tau fu pilihan bersama..tap ayam goreng tu mak yang nak..
aku usik pun tidak.

pai custard ni maklang belanja..sebab kitorang dah bawak dia
pergi pasar malam..thanx

semua foods tu mak ngan maklang punya ihsan..hehe...aku tak keluar seposen pun..alhamdulillah..terima kasih daun keladi..ada masa sila lah belanja lagi..=)


09 July 2012

sugar test

Posted by -izzAh- at 10:52 0 comments
assalamualaikum.

jumaat lepas pergi sugar test. doctor nak tau ada kencing manis ke tak, sebab berat naik banyak sangat. sugar test kena buat kat klinik kesihatan rawang tapi kalau monthly check up kena buat kat klinik kesihatan kat kampung kenanga..masih kat rawang tapi dia divide ikut kawasan rumah...klinik kesihatan rawang tu kalau  tak silap kat rawang perdana..dah lah..cukup pasal lokasi dan jenis jenis klinik..belum tentu tepat pun info tu..haha

so, sampai klinik dalam pukul 8.10 am..punya lah awal..dah la malam tu kena puasa..dari 10 malam sampai 8 pagi esoknya..lapar gila oii..bila dah sampai sana, macam biasalah, amek number giliran...tunggu punya tunggu, nama pun kena panggil..nurse pun amek la darah dengan banyaknya..furqan siap teman time nurse amek darah..siap baca bismillah lagi before nurse masukkan jarum..bila dah amek darah, nurse suruh masuk kat satu bilik untuk minum air gula.

dalam kepala dah fikir air gula yang nak kena minum tu..semua dok cakap air tu manis gila..aku ni dok la terbayang air gula tu sama macam air gula putih yang orang jual selalu guna kat pasar malam tu..yang orang jual akan bubuh setiap kali kita nak beli air dalam cup yang harga seringgit tu..

bila bukak je pintu bilik tu, nampak ada tiga orang lagi tengah dok terkulat kulat cuba nak minum air gula..aku tengok gelas tu besar gila..standard gelas teh ais kat kedai mamak..dah terlintas dalam hati, ni kalau minum air gula segelas besar ni, daripada kencing tak manis pun boleh jadi manis..nurse dalam bilik tu, suruh amek satu gelas and minum..

aku pun amek la, minum banyak gila dalam satu nafas..bila dah stop tu, baru perasan..ni bukan air gula putih tu la! ni rasa macam air glucose yang selalu minum dulu tu cuma versi pekat gila..aku pun pusing la belakang, tengok nurse tu bancuh air gula untuk orang lain..setengah gelas dia bantai bubuh glucose tu dalam tu! memang la pekat gila..

kakak sebelah dah bebel bebel air tu manis gila..dia kata dia dah lama duduk dalam tu tapi tak sudah sudah lagi minum sebab dia tak biasa minum air manis..yang nurse tu pun sama, cuba lah letak sirap setitik dua, letak ais sekali..komfem semua boleh minum one shot je..hehe

aku pun teruskan lah minum..tarik nafas, telan lagi banyak banyak..ingatkan nak habiskan terus tapi tak dapat..dah naik kembung minum air tu..banyak gila..manis pulak tu..nasib baik jugak lah otak aku dah set nak minum air gula putih yang lagi berganda ganda manis..kira air glucose ni boleh la aku nak telan..

bila aku stop buat kali kedua, kakak kakak yang ada kat situ, semua kagum..haha..yelah, aku baru je masuk..tapi aku yang paling dah nak habis...diorang tak sampai separuh pun lagi..semua dok puji puji...

"terer la budak ni..dah nak habis dah..kita dah lama kat sini pun susah nak habiskan.."

dalam kepala lagu we are the champion dah play ulang ulang kali..hehe...bangga sangatlah kononnya dapat minum air gula paling cepat..haha

bila dah habis minum, cakap lah dengan nurse tu..

"nurse, dah sudah. sambil letak gelas atas meja"

sambil buat muka paling ketat dalam dunia, nurse pun cakap

"dah habis pergilah kat depan. dengar ceramah"

amboih..garang kemain..cik nurse, kalau orang mengandung takde, awak takde kerja tau..takde siapa nak minum air yang awak bancuh tu..senyum lah sikit dalam bekerja, baru nampak ikhlas..berkat sikit rezeki yang awak dapat..takpelah, saya anggap je awak bosan bancuh air gula je..kalau kat tempat lain banyak jenis air awak boleh bancuh.

tunggu punya tunggu, adalah ceramah pasal penyususan susu ibu..siap ada demo..furqan pun tumpang lah dengar..dah habis semua, tunggu lagi untuk amek darah kali kedua..lepas tu dah boleh balik..nurse kata kalau  paras gula tak normal dia akan call..kalau takde call, maknanya normal lah tu..

lepas test tu, kitorang selamba balik temerloh..haha..nasib baik takde nurse call..kira normal la tu..alhamdulillah..

hari sabtu esoknya ada lah jumpa kawan kawan time sekolah..so, biar gambar yang bercerita..
me and furqan, dia kejap je sebab semua girl..segan..hehe

wana, izzah, cuna, aini aka bebeh

cuna, syue, izzah, aini aka bebeh

sekarang ni, masih ada kat temerloh..furqan dah balik rawang..kitorang split kejap..aku dok sini seminggu..lepas tu baru balik rawang..=) furqan kerja, tak boleh la nak cuti lama lama..i miss you husband!

crdit gambar, Facebook Syue, kamera Wana





 

Anak Ibu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review