assalamualaikum.
seperti yang dijanjikan, harini pergilah jumpa doctor kat klinik kesihatan rawang. dah selesai amek darah sume, tunggu turn nak masuk bilik doctor.
sambil sambil tu, dok la bermain main dengan budak budak yang berkeliaran dalam klinik tu..hehe
bila dah sampai turn, doctor pun tanya, ubat makan setiap hari tak?
"makan." konfiden abeh jawab macam tu.
"setiap hari? tak pernah miss?"
"err...ada jugak miss..hehe" tadi konfiden sangat. amek kau
"ubat makan setiap hari..takut nanti baby lahir tak cukup berat"
"ok.ok"
"pergi baring."
"dah boleh check ke baby boy ke girl?"
"patutnya boleh. tapi bergantung pada position baby jugak"
doctor pun letak la gel sejuk banyak banyak atas perut, lepas tu scan..klinik ni best sikit, ada tv besar kat depan katil..tak perlu la time scan tu terteleng teleng nak tengok baby dekat monitor tu...tengok je kat tv besar depan kita..senang.
"ok ke semua doctor?"
"insyaAllah semua ok..jantung ok, perut ok, spine dia pun ok..insyaAllah la takde pape. baby ni perempuan"
"oooooo..baby girl" sambil tu dah senyum senyum terbayang bayang nak pakaikan baby skirt apa..hehe
"songsang anak awak ni..kepala dia kat atas."
"erk. memang akan lahir macam tu ke nanti?"
"dia ada possibility untuk pusing lagi, jangan risau."
dah setel semua, cerita kat mak sebab mak tak masuk sekali dalam bilik doctor tu.
"selalu usap-usap perut tu..pujuk baby supaya dia pusing lagi..nanti tak susah nak bersalin. banyak-banyak baca doa insyaAllah dipermudahkan" mak pesan.
tak lama lepas tu, furqan call. dari tempat kerja. aku pun cerita la benda yang sama. sesungguhnya kali ni kuah tak tumpah ke nasi, kuah dah tumpah ke lantai.
ada ke patut dia jawab macam ni..
"tepuk sikit kepala baby tu suruh dia turun."
haha! berbeza sungguh dengan mak dia...bergurau jo kojo eh..ingatkan nak suruh baca doa jugak..ada ke patut suruh tepuk kepala. adeh (-___-)
tapi alhamdulillah semua berjalan lancar harini..
about me
- -izzAh-
- happily married to my hero Abdullah Furqan bin Adnan. =)
usha-usha
glamour!
-
bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah, di atas segala kurniaanMu kepada ku, k...
-
bila period dah lambat, hati dah resah. otak dah memikir. pregnant ke? mengandung ke? study belum abeh. duduk jauh-jauh. ahhh sudah. biarkan...
-
tengah dok melayan cerita korea, ayah called. ayat pertama ayah, tiba-tiba teringat kat izzah, sebab tu ayah called. lepas tu ayah tanya...
-
Ok, yang ni baru je pergi 17/9-19/9 haritu. Kitorang keluar dari rumah Temerloh lebih kurang pukul 1030pagi terus menghala ke Kuala Tere...
-
assalamualaikum. korang layankan je la gambar foods yang ada ni...beli time pergi pasar malam kat area rumah..nak makan dua orang je, t...
-
tahun ni berjalan raya ke rembau boleh kata satu family beraya sakan mak pun happy sebab semua ada balik alhamdulillah, pujian untuk Alla...
-
sekitar birthday ihab di rumah amara celebrate 17 okt yang lepas kek buruk tu ibu yg buat..haha sememeh aje ...
-
Pagi semalam sebenarnya. Tengah dok golek-golek tunggu Furqan call. Ada rasa sesuatu. Ceh. Sesuatu tu yang tak menahan tu. Ada rasa baby ber...
-
assalamualaikum. jumaat lepas pergi sugar test. doctor nak tau ada kencing manis ke tak, sebab berat naik banyak sangat. sugar test kena b...
-
assalamualaikum. sebenar benarnya dah berlaku hari rabu lepas. tapi baru berkesempatan menulis petang ni..sambil sambil tunggu furqan bali...
17 July 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
comel mcm ibunye
=)
Post a Comment