27 August 2012

tiga puluh dua minggu

Posted by -izzAh- at 17:11 0 comments
alhamdulillah. dah masuk lapan bulan.

perut macam nak meletup besarnya.

baju semua ulang ulang je.

tak boleh memilih sebab tak muat. haha

t shirt pun kena pakai yang gedabak besar.

baju kurung lagi lah. dah jadi sejarah.

last two weeks pergi check up.

scan.

"doctor, komfem kan baby ni girl?"

"saya pun tak sure. kedudukan baby ni tak mengizinkan nak tengok gender."

ahhh. sudah. sebulan lepas doctor sama yang scan cakap girl.

skirt dah beli baju pulak semua pink. kalau yang keluar tu baby boy?

hehe. takpe lah. boy ke girl. asalkan baby sihat.

tadi check up, berat naik 2.8kg.

hemoglobin pun dah naik jadi 10.8. walaupun masih tak capai 11 tapi dah kira naik la tu. mana tak naik, macam macam jenis ubat aku telan. hopefully nak bersalin nanti takde masalah

berdasarkan scan, doctor kata baby kecik je, 1.7kg.

yang jadi perut besar tu sebab air ketuban banyak. setakat ni bacaan dia 17.

maksimum ialah 20. kalau lebih daripada 20, doctor akan check la takut takut ada kencing manis ke apa.

haritu dah la sampel darah kena hantar ke hosputal sungai buloh sebab nak check iron status.

tapi tak dapat apa apa call pun dari hospital sana. semua ok la tu kot.

yang bestnya harini, furqan teman pergi check up. siap masuk dalam. hihihi..kira first time la dia dengar heart beat baby tadi. before ni masuk sorang sorang je.

alhamdulillah semua ok. walaupun tangan kebas kebas. nurse cakap sebab kurang calcium je. minum susu banyak banyak ok la tu nanti.

punya lah kebas sampai nak pegang barang barang pun susah.

so wanita wanita, mulai sekarang, jangan la abaikan pengambilan zat besi dan calcium okayy..

kalau tak, time mengandung nanti, kesian kat baby. kat diri sendiri pun kesian.

banyak ubat nak kena makan.

jaga diri and kesihatan ye semua. doakan saya dipermudahkan bersalin nanti. semoga baby sentiasa beradsa dalam keadaan sihat dan dijauhkan daripada sebarang penyakit.

selamat! selamat!

Posted by -izzAh- at 16:58 0 comments
fuhh! fuhh!

tiup sikit, dah berdebu.

hehe. assalamualaikum semua. lama tak jenguk blog ni, tu yang sampai berdebu.

so, macam mana raya? sah sah la berat naik kannnn??

hehe..tak payah cakap orang, tanya diri sendiri dulu.

tadi baru pergi check up.

naik 2.8kg. ngeh ngeh ngeh.

penangan lemang, ketupat, rendang, laksa johor, spaghetti, soto, nasi minyak, nasi lemak, air oren, air sirap, ribena..bla bla bla

dah macam menu restoren. mewah makan orang kat sini, macam manalah agaknya orang orang kat tempat lain tu...semoga rezeki mereka pun murah..aminnn

so, nak cakap pasal check up ke pasal raya dulu?

hehe, raya dulu lah

kazen kazen wanita

angah, akak, adik
22, 25, 17

furqan n me!

sepupu sepupu wanita

ada gaya politician and wife tak?
hihihi

mintak ampun mintak maaf mak.
-sambil sedut sedut hingus-

abang, adik, akak, mak, angah, sayang

kazen kazen yang kekenyangan

senyum mak senyum. nak ambil gambar tuu

selamat hari raya semua! mintak ampun mintak maaf andai ada tersalah bahasa, terlanjur kata.
doakan saya and baby selamat dan dipermudahkan segala urusan. aminn

14 August 2012

celup! celup!

Posted by -izzAh- at 00:50 0 comments
assalamualaikum. 

so, tadi mencelup biskut dalam coklat.

buat dengan Nurul and aishah sambil diganggu oleh ishraaq. hehe




yum! yum! 


love love sikit

lagi love

letak atas para supaya senang nak alih bila coklat dah keras.



jangan lupa alas dengan surat khabar sebab nanti kalau menitik atas meja satu hal pulak nak kena lap.

tadaaaa!!!
bila coklat dah agak agak keras sikit, alihkan atas pinggan supaya boleh guna para tu untuk letak biskut yang baru dicelup.

bila coklat dah keras sepenuhnya, masukkan dalam bekas. make sure air tight supaya tak lemau. selamat makan!


resepi ambil kat sini ye sayang sayang sekalian
=)








11 August 2012

raya! raya! raya!

Posted by -izzAh- at 23:32 0 comments


amboih. sampai tiga kali tulis RAYA! kat tajuk tu.

semangat sungguh. terawikh pi dak?

mestilah pi. ni lah time nak kumpul amalan, insyaAllah. mudah mudahan dipanjangkan umur hingga ke ramadhan seterusnya. aminn

so, bulan puasa dah nak habis. kena la buat persiapan raya.

tapi jangan beria sangat. bulan puasa masih kita kena utamakan. ni tak, awal awal dulu, sampai tak cukup masjid nak solat terawikh. bila dah sepuluh terakhir ramadhan, semua sibuk nak buat kuih, pasang langsir, lap kerusi meja, tukar sarung kusyen, macam macam lagilah.

padahal dalam sepuluh terakhir ramadhan tu lah terdapatnya lailatul qadar. rasanya semua tahu betapa beruntungnya orang orang yang bangun malam, solat, bertahajjud kepada Allah, tambah amalan masa malam malam terakhir ni. so, tak perlu la kot nak cerita kat sini.

kita cerita pasal persiapan raya okay? eheh. tadi kemain bebel bebel pasal orang lain buat persiapan raya time malam malam akhir puasa. sorry sikit yea, i punye persiapan raya buat time lepas terawikh or waktu pagi.

so, setakat ni, baru buat dua jenis cookies.



ni nama dia jejari coklat, resepi ambil kat blog masak masak. senang je. next entry baru share resepi okay

yang ni tak tahu nama apa. haha. amek resepi dari blog yang sama. nanti share okay!

dua adunan jejari coklat dapat banyak tu je. kurus jari jemari dok picit piping bag. fyi, my mother in law suka cookies ni. so, die suruh buat banyak banyak. hehe. bila dah siap bakar, celup cookies dalam coklat and hiaslah ikut suka. disebabkan masih belum dicelup coklat, maka tiada gambar. nanti bila dah fully siap, baru share okay!

besar bagak oven! kebaikan oven ni, boleh masak sekali banyak. senang cerita. tak payah nak tunggu melangut masak cookies sedulang sedulang.

keburukan dia?

of course la bila hangus dia akan hangus sekali banyak. pun senang cerita jugak jugak. buang semua. tak dapat diselamatkan walaupun satu dulang. (-__-)

sebenarnya ada oven besar macam tu sebab family ni ada business homemade pizza yang super duper sedap dengan chocolate chip cookies yang super duper sedap jugak! nak order? boleh je. contact me anytime. 


lagi satu, kitorang pasang lantai baru. hehe. lantai raya! pasang sendiri yo, jimat. tak baik membazir di bulan puasa.. hehe. nak bagi effect macam lantai kayu. padahal menda alah tu PVC je.hehe.



gigih dengan father in law pasang lantai. hehe. bukti memang la takde, tukang pasang lantai sama dengan tukang ambil gambar. hihihi. buat time weekdays, siapa lagi nak tolong ayah kalau bukan menantu dia ni. hehe..terasa macam berjasa! haha. tak susah sangat pun nak pasang, dia bukan kena guna simen ke apa. main lekat lekat je.

sebelum ni lantai rumah lantai simen. bila letak tikar getah, semut pun menginap la kat situ tanpa segan silu. tu yang tuka tu. lepas ni semut kena berpindah! sorry semut, korang tak share bayar bil, maka tak boleh share rumah jugak.

bila bukan office hour, barulah angah and furqan dapat tolong. so, harini dah siap pasang lantai. tapi tak sempat lagi nak snap gambar. korang enjoy la dulu gambar lantai separuh siap tu yea.

babai for now. assalamualaikum. =)




 

Anak Ibu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review