27 August 2012

tiga puluh dua minggu

Posted by -izzAh- at 17:11
alhamdulillah. dah masuk lapan bulan.

perut macam nak meletup besarnya.

baju semua ulang ulang je.

tak boleh memilih sebab tak muat. haha

t shirt pun kena pakai yang gedabak besar.

baju kurung lagi lah. dah jadi sejarah.

last two weeks pergi check up.

scan.

"doctor, komfem kan baby ni girl?"

"saya pun tak sure. kedudukan baby ni tak mengizinkan nak tengok gender."

ahhh. sudah. sebulan lepas doctor sama yang scan cakap girl.

skirt dah beli baju pulak semua pink. kalau yang keluar tu baby boy?

hehe. takpe lah. boy ke girl. asalkan baby sihat.

tadi check up, berat naik 2.8kg.

hemoglobin pun dah naik jadi 10.8. walaupun masih tak capai 11 tapi dah kira naik la tu. mana tak naik, macam macam jenis ubat aku telan. hopefully nak bersalin nanti takde masalah

berdasarkan scan, doctor kata baby kecik je, 1.7kg.

yang jadi perut besar tu sebab air ketuban banyak. setakat ni bacaan dia 17.

maksimum ialah 20. kalau lebih daripada 20, doctor akan check la takut takut ada kencing manis ke apa.

haritu dah la sampel darah kena hantar ke hosputal sungai buloh sebab nak check iron status.

tapi tak dapat apa apa call pun dari hospital sana. semua ok la tu kot.

yang bestnya harini, furqan teman pergi check up. siap masuk dalam. hihihi..kira first time la dia dengar heart beat baby tadi. before ni masuk sorang sorang je.

alhamdulillah semua ok. walaupun tangan kebas kebas. nurse cakap sebab kurang calcium je. minum susu banyak banyak ok la tu nanti.

punya lah kebas sampai nak pegang barang barang pun susah.

so wanita wanita, mulai sekarang, jangan la abaikan pengambilan zat besi dan calcium okayy..

kalau tak, time mengandung nanti, kesian kat baby. kat diri sendiri pun kesian.

banyak ubat nak kena makan.

jaga diri and kesihatan ye semua. doakan saya dipermudahkan bersalin nanti. semoga baby sentiasa beradsa dalam keadaan sihat dan dijauhkan daripada sebarang penyakit.

0 comments:

Post a Comment

 

Anak Ibu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review