11 August 2012

raya! raya! raya!

Posted by -izzAh- at 23:32


amboih. sampai tiga kali tulis RAYA! kat tajuk tu.

semangat sungguh. terawikh pi dak?

mestilah pi. ni lah time nak kumpul amalan, insyaAllah. mudah mudahan dipanjangkan umur hingga ke ramadhan seterusnya. aminn

so, bulan puasa dah nak habis. kena la buat persiapan raya.

tapi jangan beria sangat. bulan puasa masih kita kena utamakan. ni tak, awal awal dulu, sampai tak cukup masjid nak solat terawikh. bila dah sepuluh terakhir ramadhan, semua sibuk nak buat kuih, pasang langsir, lap kerusi meja, tukar sarung kusyen, macam macam lagilah.

padahal dalam sepuluh terakhir ramadhan tu lah terdapatnya lailatul qadar. rasanya semua tahu betapa beruntungnya orang orang yang bangun malam, solat, bertahajjud kepada Allah, tambah amalan masa malam malam terakhir ni. so, tak perlu la kot nak cerita kat sini.

kita cerita pasal persiapan raya okay? eheh. tadi kemain bebel bebel pasal orang lain buat persiapan raya time malam malam akhir puasa. sorry sikit yea, i punye persiapan raya buat time lepas terawikh or waktu pagi.

so, setakat ni, baru buat dua jenis cookies.



ni nama dia jejari coklat, resepi ambil kat blog masak masak. senang je. next entry baru share resepi okay

yang ni tak tahu nama apa. haha. amek resepi dari blog yang sama. nanti share okay!

dua adunan jejari coklat dapat banyak tu je. kurus jari jemari dok picit piping bag. fyi, my mother in law suka cookies ni. so, die suruh buat banyak banyak. hehe. bila dah siap bakar, celup cookies dalam coklat and hiaslah ikut suka. disebabkan masih belum dicelup coklat, maka tiada gambar. nanti bila dah fully siap, baru share okay!

besar bagak oven! kebaikan oven ni, boleh masak sekali banyak. senang cerita. tak payah nak tunggu melangut masak cookies sedulang sedulang.

keburukan dia?

of course la bila hangus dia akan hangus sekali banyak. pun senang cerita jugak jugak. buang semua. tak dapat diselamatkan walaupun satu dulang. (-__-)

sebenarnya ada oven besar macam tu sebab family ni ada business homemade pizza yang super duper sedap dengan chocolate chip cookies yang super duper sedap jugak! nak order? boleh je. contact me anytime. 


lagi satu, kitorang pasang lantai baru. hehe. lantai raya! pasang sendiri yo, jimat. tak baik membazir di bulan puasa.. hehe. nak bagi effect macam lantai kayu. padahal menda alah tu PVC je.hehe.



gigih dengan father in law pasang lantai. hehe. bukti memang la takde, tukang pasang lantai sama dengan tukang ambil gambar. hihihi. buat time weekdays, siapa lagi nak tolong ayah kalau bukan menantu dia ni. hehe..terasa macam berjasa! haha. tak susah sangat pun nak pasang, dia bukan kena guna simen ke apa. main lekat lekat je.

sebelum ni lantai rumah lantai simen. bila letak tikar getah, semut pun menginap la kat situ tanpa segan silu. tu yang tuka tu. lepas ni semut kena berpindah! sorry semut, korang tak share bayar bil, maka tak boleh share rumah jugak.

bila bukan office hour, barulah angah and furqan dapat tolong. so, harini dah siap pasang lantai. tapi tak sempat lagi nak snap gambar. korang enjoy la dulu gambar lantai separuh siap tu yea.

babai for now. assalamualaikum. =)




0 comments:

Post a Comment

 

Anak Ibu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review