29 September 2012

puan kena pergi wad dersalin dah....

Posted by -izzAh- at 18:56 2 comments
assalamualaikum.

sebenar benarnya dah berlaku hari rabu lepas. tapi baru berkesempatan menulis petang ni..sambil sambil tunggu furqan balik dari konvensyen.

tengah hari tu, lepas lunch, bukak  la peti..

nampak la jeruk mangga. ambil piring, ambil jeruk letak dalam piring. bawak depan TV then makan.

tak lama lepas tu, sakit perut.

memulas mulas. senak. semua ada.

ni mesti jeruk punya pasal.

tapi bukan makan jeruk beli.

jeruk tu buat sendiri.

sakit perut berterusan sampai ke petang.

dah jadi pedih. macam gastrik masuk angin.

baby pulak kurang bergerak.

mungkin jugak terlalu fokus dekat sakit perut sampai tak berapa rasa pergerakan baby.

dah call furqan mintak balik kerja awal sebab sakit perut tak tahan.

bila dah sakit sampai malam, mak decide ajak pergi hospital.

perut dah pedih campur senak.

baby dah bergerak tapi extreme sangat pulak.

serius sakit.

kemas bag, start enjin kereta.

sebelum pergi tu, muntah pulak dah.

bila sampai kat Hospital Selayang, aku dengan mak terus pergi ke bahagian kecemasan.

"puan dah berapa minggu?"

"37"

"owh. ni kena pergi wad bersalin terus. kecemasan hanya untuk yang 22 minggu ke bawah"

"err..okayy"

kitorang pun pergi la kat wad bersalin.

sampai kat kaunter, mak guard kat sana mintak buku pink yang ada semua record sepanjang check up tu. dia nak nama dengan num ic semua.

pastu kena masuk dalam.

lagi sekali kena bagi buku pink tu..tapi kali ni bagi dekat nurse.

"ok, pergi masuk tandas, kencing. tanggal panties siap siap"

suspen je..memang dah nak bersalin betul betul ke? sampai kena tanggal spender bagai.

tunggu punya tunggu, nurse suruh baring kat katil. dia pasang CTG. nak dengar heartbeat baby.

tapi semua ok.

masuk pulak doctor. ok, angkat kaki.

ahh sudahh

bila dah check, dia cakap contraction dah ada tapi kamu tunggu yang selang lima minit baru datang balik. sekarang ni balik rumah dulu

"tapi saya sakit perut doc, dari siang tadi. siap muntah lagi. mungkin food poisoning"

"owh. tu biasa. baby semua ok. takde apa tu..nanti kalau contraction dah selang lima minit awak datang semula. takpun kalau air ketuban dah pecah. kalau turun darah pun awak datang jugak."

"errr...ok ok"

balik rumah. sakit perut makin menjadi jadi. pedih gilaaaaaa!!!!!!!!!!!

apa nak buat, tido je la..tahan je. sabar je la yang mampu.

lain yang mintak check, lain yang di checknya.

siapa suruh sakit perut keracunan pergi wad bersalin. hehe

nasib. nasib.

27 September 2012

order je kan senang =)

Posted by -izzAh- at 11:53 0 comments
setelah penat mencari coupon, ini hasilnya





buy 1 large pizza, get 1 regular pizza for free!-promotion coupon masih valid-

get another 1 regular pizza, for free jugak!! -late delivery coupon pun still valid-...

semua sekali RM37.40

dunia memang indah. syukur alhamdulillah.

25 September 2012

kembalinya dia kepada Allah

Posted by -izzAh- at 18:27 0 comments
assalamualaikum.

saya ada emak yang ada kakak yang ada suami.

pendek kata, abang ipar mak saya.

senang cerita, pak cik saya.

kitorang sepupu -sepupu semua panggil dia pakwe.

mungkin kedengaran aneh untuk sesetengah orang, tapi itulah hakikatnya. pakwe.

baik sangat orangnya.

tenang je.

anak anak dia, ada 10 orang.

sure banyak ragam.

bila bergaduh, dia hanya kata, "biarlah, penat nanti diorang berhenti lah tu"

tanggal 21 september 2012 dalam pukul 12.20 tengah malam, dia pergi tinggalkan kami semua.

pergi kepada Sang Pencipta.

sewaktu perginya dia, saya di dalam kereta, bersama suami, dan adik beradik saya.

sedih saya, saya diamkan. terkenang semua jasa arwah dengan saya. dengan adik beradik saya, dengan ahli keluarga saya.

kami adik beradik tiada ayah, maka pada dia kami bergantung harap.

sebut saja kemana, pasti dia yang memandu kereta.

kakak masuk asrama, pakwe bawa kereta.

saya masuk asrama, pakwe bawa kereta.

abang masuk asrama, pakwe bawa kereta.

adik masuk asrama, pakwe juga yang bawa kereta.

itu baru cerita asrama, daftar hari pertama.

belum cerita berjemput, berhantar, hari PIBG, hari kecemerlangan, ambil result PMR, SPM, semua pakwe bawa kereta.

dah besar, masuk matrikulasi, masuk universiti, masih pakwe bawa kereta.

banyaknya jasa dia, hanya Allah yang mampu membalasnya.

mungkin pada semua, dia hanya biasa-biasa

tapi pada saya, dia lebih dari sekadar tukang bawa kereta.

saya kesal tak sempat melawat pakwe kat hospital, tapi saya lega Allah permudahkan urusan perginya dia.

semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

semoga dia tenang di sana.


14 September 2012

bakal bersalin?

Posted by -izzAh- at 21:38 0 comments
dah 35 minggu.

dah nak bersalin.

hmmmph.

orang kata mengandung 9 bulan 10 hari..

maksudnya 36 minggu 10 hari

maksudnya 37 minggu 3 hari.

tapiiii

doctor cakap kalau normal, perempuan akan bersalinpada minggu ke 39 atau 40.

mana satu ni?

tadi kirim kat mak, tolong beli jamu untuk lepas bersalin.

tiba tiba mak bawak balik satu set lengkat dengan ubat periuk segala bagai

bengkung pun ada.

kapsul kacip fatimah

minyak urut macam macam jenis.

siap ada pes untuk tepek kat dahi

fuyoh!

tiba tiba dah terbayang diri sendiri duduk belunjur atas tilam pakai t-shirt dan kain batik, sanggul tinggi, dah dahi bertepek ubat!

sangat la menambat hati suami.

hahahhaha

papepun terima kasih mak!

esok mak temerloh pulak datang, dengan segala macam kelengkapan baby.

terima kasih emak-emak! =)

03 September 2012

fruit salad..senang dan sedap!

Posted by -izzAh- at 16:42 0 comments
dessert lagi sekali.

tapi kali ni, fruit salad.

belajar dengan mak mertua.

senang and sedap!

jom kita try resepi dia.

mula mula, potong dadu segala jenis buah yang ada dalam peti ais tu.

hehe. betul ni, bantai je buah apa. tapi yang biasa guna, tembikai, apple, mangga, delima, oren, pear and pisang.

kalau boleh guna buah yang lain warna supaya nampak cantik masa nak hidang.

ni satu tip, make sure potong buah yang berasid dulu sebelum potong buah buah yang lain. senang cerita, potong buah oren dulu.

sebabnya, asid dalam buah oren tu dapat elakkan buah buah seperti pisang dengan pear jadi lebam.

tau kan buah lebam macam mana?

hitam je permukaan buah yang dipotong tu. kan dah tak cantik.

bila dah potong buah pisang tu, gaulkan cepat dengan oren yang memang dah siap dipotong.

komfem pisang tu tak lebam. kalau guna buah apple pun sama. gaul cepat cepat dengan oren. baru lah cantik je nampak time nak hidang tu.

kuah dia pulak, masakkan air gula melaka. gula merah pun boleh.

masakkan sikit. sejukkan. jangan masukkan air gula yang panas pulak.

senang kan? potong buah, then campur dengan air gula melaka dan sedikit air limau nipis.

kalau takde, perah je sikit buah oren yang kita potong potong tu.

then, sejukkan.

macam ni lah hasil dia.
kan cantik apple hijau tu. tak perlu buang kulit. isi dia pun tak lebam lebam.

buah delima pun ada. 

mangga dan oren yang sangat masam pun ada. yum! yum!


cream puff ke chocolate eclair?

Posted by -izzAh- at 16:39 0 comments
assalamualaikum semua.

so, harini meh kita cerita pasal dessert.

raya ketiga haritu, kazen kat pahang buat kenduri sambut menantu.

tak semena-mena aku yang kena buat dessert.

pandai sangat lah kononnya, buat dessert untuk pengantin.

bila orang dah bagi kepercayaan, kena lah buat.

so, inilah hasilnya, sagu mangga dengan chocolate eclairs.

nak buat sagu mangga tu senang je.

meh sini nak ajar.

mula mula, kupas mangga.

lepas tu, potong kecik kecik untuk masuk dalam blender.

bila nak blend mangga tu, jangan guna air tapi guna susu segar. susu cair pun takpe.

lepas tu letak sekali kordial mangga dengan pewarna kuning. kalau pewarna takde pun takpe, jangan risau.

kalau tawar, tambah lah lagi kordial mangga dengan gula sikit.

untuk sagu pulak, rebus macam biasa. time rebus tu, letaklah pewarna. kalau tak, nanti sagu tu jadi warna jernih je lah. bila sagu dah kembang, toskan. lepas tu, lalukan kat air paip untuk hilangkan sikit kanji dia.

bila dua dua dah siap, campurkan sagu and mangga dalam bekas. nak lagi cantik, selang selikan sagu dengan mangga tu. kalau ada aiskrin vanilla kat rumah pun boleh letak sikit kat layer yang paling atas.

sejukkan. lepas tu dah boleh makan. senang kan?


yang kat tengah tengah tu, chocolate eclairs. nama nak canggih je. hehe.

cara nak buat dia ikut je macam resepi cream puff kat bawah ni.

resepi ni sebenarnya ikut resepi asal yang ada kat sini.

mula mula panaskan oven, 200C.

campurkan 45g butter dengan 100ml air dalam periuk. masakkan sampai mendidih. lepas tu tutup api.

lepas tu masukkan 60g tepung gandum, kacau cepat cepat.

bila dah sebati. pasangkan api. agak agak tepung dah masak sikit, tutup balik api.

dalam bekas lain, pukul 2 biji telur. tak perlu sampai kembang, cukup untuk campurkan telur kuning dan telur  putih.

lepas tu, masukkan telur dalam periuk yang ada adunan tepung gandum tadi. kacau. kalau nak lagi senang, bila dah masukkan telur, kacau guna mixer.

dah siap adunan untuk cream puff.

masukkan dalam piping bag, pipe kan atas dulang yang dah di sapu marjerin.

tak kisah lah nak pipe bentuk macam mana sekali pun.

last sekali, bakar dalam oven. untuk 15minit yang pertama, suhu oven adalah 200C. lepas tu, turunkan suhu kepada 180C dan bakar lagi selama 25minit.

bila dah siap, sejukkan dan pipekan custard cream kat dalam tu.

then, hiaslah dengan sesuka hati. hehe.

nak buat custard cream tu pulak, ikut resepi ni.

panaskan 1 1/4 cawan susu segar.

lepas tu pukul 3 biji telur kuning + 1/4 cawan gula + 1/8 cawan tepung gandum + 3 sudu tepung jagung.

pukul sampai adunan sebati.

lepas tu masukkan sedikit susu yang dah suam tu dalam adunan telur tadi. kacau sampai sebati.

akhir sekali, campur balik adunan susu + telur tu kedalam periuk yang ada baki susu yang tengah dipanaskan tu.

kacau sampai pekat. guna api kecil.

dah siap, sejukkan dan pipekan ke dalam cream puff yang sudah dibuat tu.

dah boleh makan.

yayyy!!


 

Anak Ibu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review