12 October 2012

aku terima nikahnya

Posted by -izzAh- at 21:27

assalamualaikum.

furqan balik kerja macam biasa.

"sayang buat apa harini?"

"macam biasa, basuh pinggan. basuh baju..sidai baju..lipat..kenapa?"

"penat la ni?" sambil sengih sengih.

sebelum jawab tu, gigih otak berfikir, harini hari khamis, movie baru keluar..yayyy!!

"ehhhhh...tak. tak. mana ada penat!"

"hehe..nak pergi tengok movie?"

lagi laju dari cahaya aku menjawab nak.

hehe..tengah tunggu masa nak bersalin pun sempat pergi tengok movie..kat jusco rawang

disebabkan movie start pukul 9.10 malam kitorang pun keluar la sejam awal..

maklumla, bawak kenderaan berat sebesar paus ni kena jalan slow slow. nak sampai cinema dah setengah jam, nak berjalan dari tempat parking masuk dalam pun dah satu hal..nak berjalan cari jajan pun satu hal lain lagi.hihihi

sebut pasal jajan, kitorang dah decide tak nak popcorn. ingat nak cari potato chips je tapi tak nak beli yang kat kaunter wayang. nak carik yang kat supermarket. murah sikit kononnya.

jalan punya jalan ternampak pulak stall sushi..singgah la kejap..beli la yang salmon yang dah siap peket..disebabkan aku ni bukan peminat nasik pulut berlaukkan ikan mentah, aku pun ajak la furqan pergi bakery, nak beli roti.

hasilnya, jajan movie kitorang adalah sushi and butter croissant and roti ada isi ketam atas dia. sungguh melampau! sumbat sumbat dalam handbag, kitorang pun jalan la depan orang check ticket tu macam takde pape je yang berlaku.

kitorang pun tengoklah aku terima nikahnya by nora danish and adi putra..

romantik gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa

tapiiiiiiii

macam lebih sesuai dibuat drama je..

tak banyak konflik pun..

takat nak tengok nora danish kiut miut peluk cium adi putra boleh la..hehe

                                            

0 comments:

Post a Comment

 

Anak Ibu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review