02 March 2012

first check-up

Posted by -izzAh- at 10:13
1 March 2012, 2 pm. arrived at Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kota Samarahan, Sarawak.

pergi kaunter, bagi ic.

"first time? duduk kat mana? "

"aah. kat Taman Makmur."

"Ok, student ke? Unimas?"

"aah. tahun 4"

"kenapa tak planning? nanti dah enam tahun kat sana tak grad-grad lagi. asyik bersalin je"

hambek setepek. mampu senyum je depan nurse.

"plan, tapi dah rezeki. terima je" senyum lagi.

nurse pun tolong registerkan. dia bagi satu buku warna pink.

"awak jalan terus, kat tepi tu ada makmal. letak buku ni dalam bakul kat tepi pintu makmal tu"

dah tunggu dalam 10menet, sampai la turn kena panggil. nurse makmal kate nak amek darah. ingatkan setitik dua je. banyak rupenye. sikit punye besar jarum die guna. sampai penuh lah picagari tu.

lepas tu pergi balik kat kaunter, bagi balik buku tu. nurse kaunter kate something pasal urine test tapi tak berapa nak paham. so, abaikan. lepas tu kena panggil semula masuk dalam bilik nurse lain pulak.

"mana air kencing?"

"heh? nak ke? bottle?"

"g mintak kat nurse kat kaunter"

"nurse, nak bottle untuk urine test"

nurse kaunter kate, "g mintak kat makmal"

nasib baik nurse makmal bagi, kalau tak, tak tau dah nak mintak kat nurse mana lagi.

bawak la bottle beserta urine masuk bilik nurse tadi. dia celup strip.

"ok, mengandung. duduk kat situ"

nurse pon interview la macam-macam. bila kawen, duduk kat mana, sihat ke tak, muntah ke tak, macam-macam la. semua boleh jawab dengan cemerlang. sempat berfikir, kalaulah soalan exam macam tu, confirm sampai tak muat transcript nak tulis A++++++++++

tiba-tiba,

"alamat rumah apa?"

"aaaa...saya tak ingat la." tersengih-sengih la kat situ lagi busuk daripada kerang busuk.

"rumah sewa? lepas ni untuk next check up, tengok dulu alamat kat bil air."

"ok nurse..."

"tahu kebaikan susu ibu?"

"tau." konfiden je jawab dengan harapan nurse tak bagi ceramah.

"takpelah, saya cerita jugak. susu ibu ni....baik....immune system...bla bla bla...panaskan susu....simpan...bla bla"

sepanjang proses penceramahan berlaku, berdoa dengan gigih, tolonglah jangan menguap depan nurse ni...tolonglah!

selesai check up semua, dah pukul 4. bayangkan, ceramah, check up, and nak kena tunggu nurse tuliskan buku (2 copies, satu untuk klinik, satu untuk sendiri simpan). lepas dah siap tulis dua-dua buku, nurse suruh bagi kat kaunter semula untuk ambek number baru untuk jumpa doctor pulak. jumpa doctor pun kena bawak jugak buku pink tu.

tunggu la lagi..tengok kat tangan, number 20. tengok kat pintu, number 18. mujur yang ni tak lama sangat. doctor nak scan rupanya. sejuk je gel yang letak kat perut tu. hehe.. doctor kata baby kecik lagi, tak dapat nak ukur. next check up la scan lagi. doctor bagi balik buku pink suruh bawak lagi pergi jumpa nurse tadi.

dah nak kurus badan kehulu kehilir dalam klinik tu. nurse nak tengok scan baby je rupanya. bila dah tetapkan next check up, baru boleh balik. legaaaaaa.tengok jam, 4.30 pm..dua jam setengah dalam klinik.

balik umah nak layan hindustan pun dah takde feel. letih gila. nasib baik jumaat takde kelas.

0 comments:

Post a Comment

 

Anak Ibu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review