about me
- -izzAh-
- happily married to my hero Abdullah Furqan bin Adnan. =)
usha-usha
glamour!
-
bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah, di atas segala kurniaanMu kepada ku, k...
-
bila period dah lambat, hati dah resah. otak dah memikir. pregnant ke? mengandung ke? study belum abeh. duduk jauh-jauh. ahhh sudah. biarkan...
-
tengah dok melayan cerita korea, ayah called. ayat pertama ayah, tiba-tiba teringat kat izzah, sebab tu ayah called. lepas tu ayah tanya...
-
Ok, yang ni baru je pergi 17/9-19/9 haritu. Kitorang keluar dari rumah Temerloh lebih kurang pukul 1030pagi terus menghala ke Kuala Tere...
-
assalamualaikum. korang layankan je la gambar foods yang ada ni...beli time pergi pasar malam kat area rumah..nak makan dua orang je, t...
-
tahun ni berjalan raya ke rembau boleh kata satu family beraya sakan mak pun happy sebab semua ada balik alhamdulillah, pujian untuk Alla...
-
sekitar birthday ihab di rumah amara celebrate 17 okt yang lepas kek buruk tu ibu yg buat..haha sememeh aje ...
-
Pagi semalam sebenarnya. Tengah dok golek-golek tunggu Furqan call. Ada rasa sesuatu. Ceh. Sesuatu tu yang tak menahan tu. Ada rasa baby ber...
-
assalamualaikum. jumaat lepas pergi sugar test. doctor nak tau ada kencing manis ke tak, sebab berat naik banyak sangat. sugar test kena b...
-
assalamualaikum. sebenar benarnya dah berlaku hari rabu lepas. tapi baru berkesempatan menulis petang ni..sambil sambil tunggu furqan bali...
26 April 2012
semua tak normal
lama jugak tunggu kat klinik. ramai betul orang. first time pergi hari selasa, i notice something. nurse semua baik-baik. taraf makcik-makcik je. takde pun yang jerit-jerit. buat muka ketat. patutlah hari selasa ramai. hurmm~~
check blood pressure.
low.
pergi makmal, check hemoglobin pulak.
cucuk kat jari. baru keluar setitik, dah tak nak keluar dah. berusaha gigih nurse tu picit-picit jari nak kasi keluar banyak darah. tapi setitik pun, dia amek jugak. hemoglobin, 10.++..
"low ni. sikit sangat darah kot." nurse pun senyum je. nak cucuk lagi sekali lah tu. macam aku tak tau.
nurse pun cucuk lah lagi sekali. keluar setitik jugak.
"cepat sangat beku darah awak ni. takpe, kita test lagi."
"7.++ je? aih. lai rendah. tak boleh ni. kena lagi sekali."
aiyoo..suka betul nurse dapat cucuk patient sampai tiga kali.
kali ni dia amek kat lengan pulak. macam yang penagih selalu buat tu. haha..tak tahu nak panggil part apa. siku bahagian dalam? pelipat lengan? ntah.
memang betul-betul enjoy nurse tu amek darah. banyak o0.
test punya test, 10.3..normal 11.
"memang low la." nurse pun suruh pergi kat nurse yang mula-mula tadi.
lepas dia tengok result test tu,
hemoglobin?
low.
red blood cell?
low.
"harini inject ya?. tetanus. nak elakkan kancing gigi"
adeh. lagi sekali jarum. apa kaitan kancing gigi dengan tak cukup darah pun aku tak tau.
dah inject semua, nurse pun bagi la ubat.
again, iron tablet untuk tambah darah, folic acid untuk baby, and vitamin C. tapi ada lagi 1, vitamin B complex.
"untuk apa ni nurse?"
"tambah selera makan"
terdiam kejap. haha. tak cukup berselera lagi aku ni rupanya.
petang tu, keluar dengan makcu and pakcu.
pizza time! will update later ya!
24 April 2012
morning sickness?
ni ke yang dipanggil moring sickness?
sebelum ni takde pulak macam ni.
dugaan dugaan. Allah uji sebab Dia sayang hambaNya.
so, bersabarlah.
lagipun petang ni ada check-up. third check-up.
hopefully semua ok dan berjalan lancar. amin..
17 April 2012
cuti midterm dan resultnya.
Last week balik rumah untuk cuti midterm. Flight delay. Patut landing 0030hrs, tapi sampai KL 2 pagi. Kat airport Kuching, tak boleh pulak masuk guna dua-dua pintu. Dia bukak pintu depan je. Disebabkan my seat belakang sekali, dapat la masuk dulu. Dah mintak awal-awal ngan Furqan supaya dia ambil kat airport. Macam malas nak naik bas g KL Central. Sepanjang dalam flight tu, serious rasa nak terkencing. Gila sejuk flight tu malam-malam. Nak guna toilet dalam flight tu tak selesa. So tahan je lah.
Bila dah sampai, dah ambil luggage semua, melilau lah mata nak mencari Furqan. Tak sabar dah nak peluk-peluk sambil bisik,
“Sayang tolong pegang beg kejap eh, nak kencing gila ni. Penat dah tahan.” Hehe
Bila dah ada kat toilet. Legaaaa. Tapi kejap je. Lepas tu cuak. Sebab keluar darah. Ya Allah. Macam mana ni. Nasib baik tak banyak. Less than 5 titik. Terus risau. Perasaan excited balik rumah tu terus berganti dengan rasa cuak gila. Takut sangat kalau ada pape terjadi kat baby. Cakap dengan Furqan. Dia pun risau dah. If makin teruk baru pergi klinik. Darah tu maybe sebab pressure dalam flight kuat sangat sebab duduk belakang sekali + masa landing ada terhentak + kapal parking jauh gila so kena berjalan selama setahun baru boleh masuk dalam terminal airport.
Syukur sangat dah takde darah lepas tu. Lepas keluar dari airport tu singgah lagi toilet untuk check. Nasib baik dah takde darah. Hati pun dah lega sikit. Bila hati lega sikit, perut pun lapar banyak. Itu lega sikit. Kalau lega banyak, perut maybe lapar extreme. So, singgah la McD. Lepas makan baru balik rumah. Check lagi sekali untuk make sure dah takde darah. Komfem takde, baru boleh tido. Terubat dah penyakit rindu.
Ini pulak cerita time cuti.
“Amboi kemain lagi taip macam-macam cerita. Kerja dah siap?” hati bertanya.
“Ni nak bagitau la ni kerja mana dah siap, kerja mana yang belum siap.”hati jawab soalan sendiri.
So basically, this is apa yang SEPATUTNYA dibuat semasa cuti.
Upload exercise Logic Programming before 10 April 2012.
Study Logic Programming untuk exam next Tuesday.
Study Multimedia Programming untuk exam next Thursday.
Buat assignment Multimedia Programming untuk hantar next Monday.
Renew passport.
Renew Bank Islam punya ATM Card.
Tempah jubah.
Ambil cadar single yang ada kat rumah.
Lepas dah habis sepuluh hari bercuti, ini resultnya.
Upload exercise Logic Programming before 10 April 2012. –upload exercise 13April 2012. Late submission!
Study Logic Programming untuk exam next Tuesday. – baca 4 slide dalam lecture note chapter 1. Apa ko nak jawab? Exam dua hari lepas cuti je oiii.
Study Multimedia Programming untuk exam next Thursday. – lansung tak buat walaupun hari-hari buat azam baru untuk study pada hari esok.
Buat assignment Multimedia Programming untuk hantar next Monday. – hari Sabtu baru cari resource, Ahad dah balik Sarawak. Isnin dah kena hantar. Good girl Izzah! Very good.
Renew passport.- Lansung tak ingat. Dah kena pergi imigresen sendiri. Elok-elok ada husband boleh tolong drivekan, dah kena buat muka comel mintak tolong rakan-rakan taulan.
Renew Bank Islam punya ATM Card. –lansung tak ingat. Pun kena pergi sendiri jugak. Padan lah muka kau.
Tempah jubah. –tak buat walaupun ingat. dah kena tinggalkan jubah sedia ada untuk buat ukuran. berkurang satu baju.
Ambil cadar single yang ada kat rumah. –tak ingat jugak. Yang ni memang dah tak boleh nak kate apa. Siapa suruh makan semut macam makan nasik.
16 April 2012
second check-up
This time pegi check-up dengan Aida n Kak May. Petang Khamis 29 March 2012. Tengok tak ramai pun orang. Tapi masih tak dapat balik awal. Setel semua benda pukul 4.30 jugak. Sebabnya, ramai pulak lelaki-lelaki berbadan sasa dan berbotak kepala buat check-up jugak. Takde lah dorang pun pregnant, dorang tu askar. Maybe buat annual check-up. Dah lab nya ada 1 je. Situlah nak buat urine test untuk lelaki berbadan sasa. Situ jugaklah nak buat blood test untuk org berperut sasa. Perut sasa? Pregnant lah oi. So, test result adalah:
Blood pressure normal.
Glucose normal.
Hemoglobin?
Tak normal.
Tak pasal-pasal dapat iron tablet. Bukan seterika ye. Tapi zat besi. Nurse suruh makan untuk tambah darah. Vitamin C pun dapat. Secara halusnya nurse nak kate kulit budak ni buruk, kena makan vitamin kasi cantik. Tapi tak sampai hati nak sound macam tu. Orang pregnant sensitive. Kang tak pasal-pasal menangis syahdu kat klinik. (mintak maaf nurse, saya bersangka buruk. Saya tau nurse hanya menjalankan tugas menghabiskan stok ubat-ubatan klinik tu.)
Lepas check-up semua, pergi jumpa doctor. Scan! Syukur sangat bila dapat tengok baby. Rasa macam tak percaya memang betul-betul ada baby. Happy gila tengok baby sepak-sepak. Baby kecik lagi, so Nampak je la dia sepak-sepak, tak boleh rasa pon. Doctor pun ada print gambar baby, tapi tak dapat nak share kat sini. Tempat scan tu takde USB port nak masuk pendrive copy gambar. Hehe. Kidding. Gambar baby takde digital version. Tak sempat nak scan balik gambar baby masuk laptop.
Hopefully baby sentiasa berada dalam keadaan sihat. Syukur ya Allah. Terima kasih atas kurniaan rezeki dan kesihatan yang Engkau kurniakan kepada keluargaku.