16 April 2012

second check-up

Posted by -izzAh- at 09:18

This time pegi check-up dengan Aida n Kak May. Petang Khamis 29 March 2012. Tengok tak ramai pun orang. Tapi masih tak dapat balik awal. Setel semua benda pukul 4.30 jugak. Sebabnya, ramai pulak lelaki-lelaki berbadan sasa dan berbotak kepala buat check-up jugak. Takde lah dorang pun pregnant, dorang tu askar. Maybe buat annual check-up. Dah lab nya ada 1 je. Situlah nak buat urine test untuk lelaki berbadan sasa. Situ jugaklah nak buat blood test untuk org berperut sasa. Perut sasa? Pregnant lah oi. So, test result adalah:

Blood pressure normal.

Glucose normal.

Hemoglobin?

Tak normal.

Tak pasal-pasal dapat iron tablet. Bukan seterika ye. Tapi zat besi. Nurse suruh makan untuk tambah darah. Vitamin C pun dapat. Secara halusnya nurse nak kate kulit budak ni buruk, kena makan vitamin kasi cantik. Tapi tak sampai hati nak sound macam tu. Orang pregnant sensitive. Kang tak pasal-pasal menangis syahdu kat klinik. (mintak maaf nurse, saya bersangka buruk. Saya tau nurse hanya menjalankan tugas menghabiskan stok ubat-ubatan klinik tu.)

Lepas check-up semua, pergi jumpa doctor. Scan! Syukur sangat bila dapat tengok baby. Rasa macam tak percaya memang betul-betul ada baby. Happy gila tengok baby sepak-sepak. Baby kecik lagi, so Nampak je la dia sepak-sepak, tak boleh rasa pon. Doctor pun ada print gambar baby, tapi tak dapat nak share kat sini. Tempat scan tu takde USB port nak masuk pendrive copy gambar. Hehe. Kidding. Gambar baby takde digital version. Tak sempat nak scan balik gambar baby masuk laptop.

Hopefully baby sentiasa berada dalam keadaan sihat. Syukur ya Allah. Terima kasih atas kurniaan rezeki dan kesihatan yang Engkau kurniakan kepada keluargaku.

0 comments:

Post a Comment

 

Anak Ibu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review