17 April 2012

cuti midterm dan resultnya.

Posted by -izzAh- at 18:13

Last week balik rumah untuk cuti midterm. Flight delay. Patut landing 0030hrs, tapi sampai KL 2 pagi. Kat airport Kuching, tak boleh pulak masuk guna dua-dua pintu. Dia bukak pintu depan je. Disebabkan my seat belakang sekali, dapat la masuk dulu. Dah mintak awal-awal ngan Furqan supaya dia ambil kat airport. Macam malas nak naik bas g KL Central. Sepanjang dalam flight tu, serious rasa nak terkencing. Gila sejuk flight tu malam-malam. Nak guna toilet dalam flight tu tak selesa. So tahan je lah.

Bila dah sampai, dah ambil luggage semua, melilau lah mata nak mencari Furqan. Tak sabar dah nak peluk-peluk sambil bisik,

“Sayang tolong pegang beg kejap eh, nak kencing gila ni. Penat dah tahan.” Hehe

Bila dah ada kat toilet. Legaaaa. Tapi kejap je. Lepas tu cuak. Sebab keluar darah. Ya Allah. Macam mana ni. Nasib baik tak banyak. Less than 5 titik. Terus risau. Perasaan excited balik rumah tu terus berganti dengan rasa cuak gila. Takut sangat kalau ada pape terjadi kat baby. Cakap dengan Furqan. Dia pun risau dah. If makin teruk baru pergi klinik. Darah tu maybe sebab pressure dalam flight kuat sangat sebab duduk belakang sekali + masa landing ada terhentak + kapal parking jauh gila so kena berjalan selama setahun baru boleh masuk dalam terminal airport.

Syukur sangat dah takde darah lepas tu. Lepas keluar dari airport tu singgah lagi toilet untuk check. Nasib baik dah takde darah. Hati pun dah lega sikit. Bila hati lega sikit, perut pun lapar banyak. Itu lega sikit. Kalau lega banyak, perut maybe lapar extreme. So, singgah la McD. Lepas makan baru balik rumah. Check lagi sekali untuk make sure dah takde darah. Komfem takde, baru boleh tido. Terubat dah penyakit rindu.


Ini pulak cerita time cuti.

“Amboi kemain lagi taip macam-macam cerita. Kerja dah siap?” hati bertanya.

“Ni nak bagitau la ni kerja mana dah siap, kerja mana yang belum siap.”hati jawab soalan sendiri.

So basically, this is apa yang SEPATUTNYA dibuat semasa cuti.

Upload exercise Logic Programming before 10 April 2012.

Study Logic Programming untuk exam next Tuesday.

Study Multimedia Programming untuk exam next Thursday.

Buat assignment Multimedia Programming untuk hantar next Monday.

Renew passport.

Renew Bank Islam punya ATM Card.

Tempah jubah.

Ambil cadar single yang ada kat rumah.

Lepas dah habis sepuluh hari bercuti, ini resultnya.

Upload exercise Logic Programming before 10 April 2012. –upload exercise 13April 2012. Late submission!

Study Logic Programming untuk exam next Tuesday. – baca 4 slide dalam lecture note chapter 1. Apa ko nak jawab? Exam dua hari lepas cuti je oiii.

Study Multimedia Programming untuk exam next Thursday. – lansung tak buat walaupun hari-hari buat azam baru untuk study pada hari esok.

Buat assignment Multimedia Programming untuk hantar next Monday. – hari Sabtu baru cari resource, Ahad dah balik Sarawak. Isnin dah kena hantar. Good girl Izzah! Very good.

Renew passport.- Lansung tak ingat. Dah kena pergi imigresen sendiri. Elok-elok ada husband boleh tolong drivekan, dah kena buat muka comel mintak tolong rakan-rakan taulan.

Renew Bank Islam punya ATM Card. –lansung tak ingat. Pun kena pergi sendiri jugak. Padan lah muka kau.

Tempah jubah. –tak buat walaupun ingat. dah kena tinggalkan jubah sedia ada untuk buat ukuran. berkurang satu baju.

Ambil cadar single yang ada kat rumah. –tak ingat jugak. Yang ni memang dah tak boleh nak kate apa. Siapa suruh makan semut macam makan nasik.

0 comments:

Post a Comment

 

Anak Ibu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review