assalamualaikum.
ni nak cerita, pada satu pagi yang sejuk. eh jap. rasanya tiap-tiap pagi sejuk. mana ada pagi panas. aiyo0.
setelah bersusah payah mengerah tenaga membanting tulang mengejut furqan bangun tido and bersiap pergi kerja, aku pun pergi dapur. bajet nak buat breakfast sementara dia mandi.
pecah telur sebijik. masukkan daging ayam. masukkan mushroom.
panaskan kuali, letak butter. tunggu butter cair, letak telur.
dah agak agak nak masak, letak cheese banyak banyak.
bila cheese cair, angkat. letak atas roti bakar sekali dengan salad dengan bawang besar hiris nipis nipis.
teman furqan makan. lepas tu salam tangan, cium dahi, cakap babai banyak banyak kali. siap semua benda, masuk balik bilik.
"senyap je mak ngan ayah ni. bia la dulu. jap g bangun balik buat breakfast. masak telur tu awal awal nanti dah tak sedap. cheese dah tak leh tarik tarik. facebook lah dulu"
golek punya golek, dah pukul 9.45. keluar dari bilik.
senyap je rumah. mana semua orang?
"cik mar...mak ngan ayah mana?"
"ayah dah g kerja. mak dah g ngajar"
"eh? laaa..sarapan?"
rupa rupanya...
ayah: ada sarapan apa?
mak: entah. tadi nampak izzah kat dapur. kejap lagi kita sarapan sama sama
mak dan ayah pun bersiap dengan perut lapar dan harapan untuk makan masakan menantu. selang beberapa lama, mak keluar dulu dari bilik. untuk sarapan apa yang disediakan menantu.tak lama lepas tu, ayah pulak keluar dari bilik.
ayah: izzah masak apa? ada sarapan apa?
mak: kita sarapan ni je lah bang....
sambil menunjuk ke arah bekas berisi coco crunch dan air susu.
haha. sori mak. sori ayah. ingatkan korang masih tidur.
p/s..kisah diceritakan semula oleh emak semasa lunch. mak ingat aku tidur, aku ingat mak tidur. kagum dengan kebolehan semua orang melakukan semua aktiviti di pagi hari dalam keadaan senyap sunyi. hehe. esok pagi tu sarapan buat cekodok kentang. baik punye. komfem semua kenyang. alhamdulillah.
about me
- -izzAh-
- happily married to my hero Abdullah Furqan bin Adnan. =)
usha-usha
glamour!
-
bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah, di atas segala kurniaanMu kepada ku, k...
-
bila period dah lambat, hati dah resah. otak dah memikir. pregnant ke? mengandung ke? study belum abeh. duduk jauh-jauh. ahhh sudah. biarkan...
-
tengah dok melayan cerita korea, ayah called. ayat pertama ayah, tiba-tiba teringat kat izzah, sebab tu ayah called. lepas tu ayah tanya...
-
Ok, yang ni baru je pergi 17/9-19/9 haritu. Kitorang keluar dari rumah Temerloh lebih kurang pukul 1030pagi terus menghala ke Kuala Tere...
-
assalamualaikum. korang layankan je la gambar foods yang ada ni...beli time pergi pasar malam kat area rumah..nak makan dua orang je, t...
-
tahun ni berjalan raya ke rembau boleh kata satu family beraya sakan mak pun happy sebab semua ada balik alhamdulillah, pujian untuk Alla...
-
sekitar birthday ihab di rumah amara celebrate 17 okt yang lepas kek buruk tu ibu yg buat..haha sememeh aje ...
-
Pagi semalam sebenarnya. Tengah dok golek-golek tunggu Furqan call. Ada rasa sesuatu. Ceh. Sesuatu tu yang tak menahan tu. Ada rasa baby ber...
-
assalamualaikum. jumaat lepas pergi sugar test. doctor nak tau ada kencing manis ke tak, sebab berat naik banyak sangat. sugar test kena b...
-
assalamualaikum. sebenar benarnya dah berlaku hari rabu lepas. tapi baru berkesempatan menulis petang ni..sambil sambil tunggu furqan bali...
30 June 2012
26 June 2012
eh! eh! diorang rindu saya lah!
assalamualaikum.
selasa 26 jun 2012. hari keempat ada kat rumah. alhamdulillah. semestinya lebih bahagia ada kat sini. rutin harian terus berubah. dah takde lagi bangun pagi, duduk dalam fyp lab sampai malam, balik bilik, tido.
sekarang dah jadi macam ni,
bangun pagi
buat sarapan untuk furqan
teman dia makan
tengok dia pergi kerja
kemas bilik (kalau rajin, tolong maid kemas rumah. hehe)
kalau rajin lagi, tolong maid masak
tunggu furqan balik kerja
lunch sama sama
petang tengok tv sama sama
malam dinner sama sama
tengok tengokkan adik adik buat homework
tolong jadi dictionary untuk adik adik
tolong jadi tukang soal sifir untuk adik adik
dah setel semua, tidur.
bila dah pagi, ulang semula.
bila adik adik pergi sekolah, furqan, mak, ayah pergi kerja, tinggal la sorang sorang kat rumah. mula lah teringat kat UNIMAS. kalau time macam ni, dah bagi bagi hint kat ida, ajak pergi cafe. dah tanya tanya kat atul lapar ke tidak. dah mesej mesej ira tanya ada kat mana. berkawan dengan mak buyung macam ni, orang sekeliling komplen jadi gemuk. hehe. dok teman mak buyung makan je kerjanya. memang la naik badan.
haritu, atul dengan aisyah yang hantar pergi airport. sedih sebenarnya nak balik. eh silap. happy nak balik, tapi bila mengenangkan lepas aku datang sarawak balik nanti, diorang semua dah grad, dah takde kat UNIMAS. nak jumpa balik tak tau bila. masing masing jauh. serata ceruk Malaysia ada. tapi takpe, ada rezeki insyaAllah boleh jumpa. =)
all the best untuk korang yang tengah bertarung nyawa nak siapkan fyp. haha. bertarung nyawa tuuu..buat yang terbaik. dapat result yang terbaik. jaga lupa share experience symposium okeh darling darling sekalian!
aku tau korang rindu aku. so, aku bagi la kehidupan seharian aku sebagai suri rumah untuk tatapan korang. haha. kalau bosan bosan tu boleh la imagine aku tengah masak masak, bebel bebel, gelak gelak. semoga rindu korang terubat. HAHA
selasa 26 jun 2012. hari keempat ada kat rumah. alhamdulillah. semestinya lebih bahagia ada kat sini. rutin harian terus berubah. dah takde lagi bangun pagi, duduk dalam fyp lab sampai malam, balik bilik, tido.
sekarang dah jadi macam ni,
bangun pagi
buat sarapan untuk furqan
teman dia makan
tengok dia pergi kerja
kemas bilik (kalau rajin, tolong maid kemas rumah. hehe)
kalau rajin lagi, tolong maid masak
tunggu furqan balik kerja
lunch sama sama
petang tengok tv sama sama
malam dinner sama sama
tengok tengokkan adik adik buat homework
tolong jadi dictionary untuk adik adik
tolong jadi tukang soal sifir untuk adik adik
dah setel semua, tidur.
bila dah pagi, ulang semula.
bila adik adik pergi sekolah, furqan, mak, ayah pergi kerja, tinggal la sorang sorang kat rumah. mula lah teringat kat UNIMAS. kalau time macam ni, dah bagi bagi hint kat ida, ajak pergi cafe. dah tanya tanya kat atul lapar ke tidak. dah mesej mesej ira tanya ada kat mana. berkawan dengan mak buyung macam ni, orang sekeliling komplen jadi gemuk. hehe. dok teman mak buyung makan je kerjanya. memang la naik badan.
haritu, atul dengan aisyah yang hantar pergi airport. sedih sebenarnya nak balik. eh silap. happy nak balik, tapi bila mengenangkan lepas aku datang sarawak balik nanti, diorang semua dah grad, dah takde kat UNIMAS. nak jumpa balik tak tau bila. masing masing jauh. serata ceruk Malaysia ada. tapi takpe, ada rezeki insyaAllah boleh jumpa. =)
all the best untuk korang yang tengah bertarung nyawa nak siapkan fyp. haha. bertarung nyawa tuuu..buat yang terbaik. dapat result yang terbaik. jaga lupa share experience symposium okeh darling darling sekalian!
aku tau korang rindu aku. so, aku bagi la kehidupan seharian aku sebagai suri rumah untuk tatapan korang. haha. kalau bosan bosan tu boleh la imagine aku tengah masak masak, bebel bebel, gelak gelak. semoga rindu korang terubat. HAHA
22 June 2012
yayy! dah approve!
assalamualaikum.
so, dah selamat pergi and balik dari klinik. Alhamdulillah.
permission untuk naik flight and tangguh sem pun dah dapat. Doctor dah approve. sebelum pergi klinik, pergi pos barang kat pejabat pos yang dekat dengan kinik tu. rasa macam ntah hape hape sebab nak pos barang pun masih kena ambil nombor. kalau kat temerloh tak perlu pun macam tu. dah ada kaunter gedabak besar, pos je la kan. kat sini pun ada kaunter khas untuk pos and bungkusan jugak, tapi tak paham kena masih kena ambil nombor. aih. dah masuk kat tempat orang, ikutlah cara orang. jangan komplen!
tadi before pergi pos, atul datang bilik. atul and aisyah. tolong angkat barang barang yang nak di pos. turun dari bilik tingkat tiga bawak masuk dalam kereta bawak lagi pergi pejabat pos. teman kat klinik lagi. terharu ada kawan kawan macam tu. mana lagi nak cari orang yang sanggup datang bilik semata mata nak tolong bawak barang berkotak kotak. dah lah diorang kolej lain. sabtu ni nak mintak tolong diorang lagi. angkat luggage pulak and teman kat airport. thanx korang!
tak lupa jugak aswani yang mula mula bagi sewa kereta, bila dah sudah guna, cakap tak payah bayar. hadiah untuk baby.
kawan kawan lain pun banyak membantu sepanjang ada kat Unimas ni. terutama sepanjang tempoh mengandung kat Unimas. TERHARU. kalau nak sebut semua memang tak tertulis. aku bangga berkawan dengan korang semua. aku doakan korang semua berjaya dunia akhirat. dapat capai cita cita masing masing. semoga korang dijauhkan Allah dari sebarang musibah dan malapetaka. semoga korang sentiasa dilindungi Allah, dipanjang kan umur, dan dilimpahkan dengan rezeki yang halal. kepada kawan kawan yang ikhlas berkawan dan tolong aku selama ni, doa aku untuk korang. =)
21 June 2012
lelaki itu susah
Lelaki itu susah.
Jika kamu melayannya dengan baik,
Dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak,
Kamu akan dianggapnya sombong.
Lelaki itu susah.
Jika kamu berpakaian cantik,
Dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya,
Jika tidak,
Dia kata kamu kekampungan.
Lelaki itu susah.
Jika kamu berdebat dengannya,
Dia kata kamu keras kepala,
Jika kamu berdiam diri,
Dia kata kamu tidak ada IQ tinggi.
Lelaki itu susah.
Jika kamu lebih pintar daripada dia,
Dia akan jatuh air muka,
Jika dia yang lebih pintar,
Dia bilang dia hebat.
Lelaki itu susah.
Jika kamu tidak cinta kepadanya,
Dia akan cuba mendapatkan kamu bermati-matian,
Jika kamu mencintainya,
Dia akan cuba meninggalkanmu.
Lelaki itu susah.
Jika kamu beritahu dia masalahmu,
Dia kata kamu menyusahkan,
Jika tidak,
Dia tuduh kamu tidak mempercayainya.
Lelaki itu susah.
Jika kamu cerewet kepadanya,
Dia anggap kamu seperti seorang pengasuh,
Jika dia cerewet kepadamu,
Itu kerana dia mengambil berat.
Lelaki itu susah.
Jika kamu mungkir janji kamu,
Kamu tidak boleh dipercayai,
Jika dia yang ingkari janjinya,
Dia melakukannya kerana terpaksa.
Lelaki itu susah.
Jika kamu menyakitinya,
Kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu,
Itu kerana kamu terlalu sensitif
Dan terlalu susah untuk dijaga hati.
Ini kisah kebanyakan lelaki. Furqan bukan kebanyakan lelaki.
Dia suami saya. Dan ini bukan kisah dia.
16 June 2012
oh baju mengandung!
assalamualaikum.
ni nak bagitahu,
ada dilema sikit.
pakai baju singkat,
perut terkeluar.
pakai baju labuh,
perut ketat.
so, macam mana?
nak pakai baju yang mana?
ada siapa siapa nak belanja baju mengandung?
hehe.
nasib baik ada husband.
nasib baik minggu depan dah nak balik.
nasib. nasib.
15 June 2012
cari makan cara senang?
assalamualaikum.
marah ni.
geram.
menyampah.
kenapa semua orang suka mencuri?
sorry, emo sikit.
semalam, Aida punya wallet and handphone hilang.
DUA handphone.
kenapa mesti ada pencuri?
nak cari makan cara senang?
berapa ringgit sangat la dapat jual handphone?
sorry Aida, bukan nak kata phone tu takde nilai, tapi semahal mana pun kita beli phone, bila jual balik, takde la mahal pun kan?
ciput jugak hasilnya.
kat UNIMAS ni, yang paling famous barang hilang adalah payung. lagi hampeh.
benci gila pencuri payung.
macam dia sorang yang tak kena hujan, tak nak kena panas.
payung yang saya beli untuk kegunaan saya ye pencuri payung. bukan kegunaan awak. jangan salah faham.
peragut-peragut pun satu hal. sibuk nak meragut. kalau kena kat diri sendiri pandai pula nak marah.
tak faham betul! ish
carilah rezeki yang halal. baru berkat dunia akhirat.
orang sibuk exam, aku sibuk cakap pasal pencuri. aiyo0. manusia. manusia. macam macam hal.
10 June 2012
doa untuk suami
bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Aku bersyukur kepadaMu ya Allah,
di atas segala kurniaanMu kepada ku,
kepada suamiku,
kepada keluarga ku.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
Kau ampunkan dosa kami ya Allah,
Dosa aku dan suamiku,
Dosa ibu bapa kami,
Dosa ahli keluarga kami,
Dosa guru-guru kami,
Dosa rakan-rakan kami.
Aku bermohon kepadaMu ya Allah,
Kau kekalkan kebahagiaan aku dan suamiku ya Allah,
Kau panjangkan jodoh kami ya Allah,
Kau panjangkan umur kami ya Allah.
Kau berkatilah hidup kami,
Kau redhakanlah perjalanan hidup kami,
Kau dekatkan kami dengan syurgaMu,
Kau jauhkan kami dengan neraka Mu.
Kau permudahkanlah urusan kami ya Allah
Kau kurniakanlah kami dengan nur hidayah Mu ya Allah
Kau limpahkanlah kami dengan kasih sayang,
Kau limpahkanlah kami dengan rezeki yang halal.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
Kau bantulah kami ya Allah,
bantulah aku ya Allah,
bantulah suamiku ya Allah,
bantulah dia dalam mencari rezeki
bantulah dia dalam menimba ilmu
bantulah dia dalam mendidik aku
aku bermohon kepada Mu ya Allah
ya Rahman ya Rahim,
Kau perkenankan doaku ya Allah
sesungguhnya tiada apa yang lebih membahagiakan aku
selain suamiku dan redhaMu.
amin.
happy 1st anniversary sayang. i love you. i miss you.
09 June 2012
anniversary.
10 jun.
tepat setahun kahwin. patutnya time time macam ni, fikir malam ni nak dinner kat hotel mana, nak pakai baju apa, nak belikan furqan hadiah apa.
ni tak, anniversary time study week. dah la first anniversary, tak dapat celebrate. sedih betul. nasib la abang kahwin dengan student. hehe.
so, macam mana nak celebrate anniversary jarak jauh?
tak nak la buat sajak. haha
asal nak romantik romantik je semua nak jadi poet.
kalau memang berbakat lain cerita. tak kata salah nak buat poem ke apa, tapi takkan tiap tiap kali nak buat poem kan?
nak buat surprise lagi?
haritu time birthday dah buat. kalau buat lagi, macam takde idea sangat. tapi memang dah takde idea pun.
adeh.
05 June 2012
lima bulan =)
Assalamualaikum.
Dah genap lima bulan baby dalam perut ni. Alhamdulillah
Allah SWT permudahkan segalanya. Teringat check up haritu, nurse ukur perut.
“24cm. last month baru 15 cm. Besar baby kamu ni, lepas ni
jumpa doctor. Scan, mana tahu kembar”
Baby besar? Ni sah terlebih vitamin. Yang doctor bagi lagi.
Yang ada dalam susu lagi. Setiap hari makan. Takpe, besar pun besar lah.
Asalkan sihat.
Bila dah jumpa doctor,
“nurse yang ukur kata baby kamu besar eh? Takde lah, saya
tengok ok je. Jangan risau. Mungkin lemak perut tebal, tu yang bila ukur jadi
besar”
(-_-) Dah lemak tebal pulak.
Terkedu doctor cakap macam tu, dah sampai Unimas balik baru
teringat nak tanya pasal baby, boy ke girl. Memang tak dapat lah nak tanya.
Tapi masih ada problem dengan darah. Blood pressure terlalu
rendah. Nasib baik hemoglobin dah naik sikit. Takde lah rendah macam last
month. Nurse tu dah nak naikkan dose iron tablet dah. Suruh tambah darah. Nasib
baik die cancelkan niat tu, kalau tak, dah bertambah stock ubat. Hehe
So lepas ni memang kena makan makanan yang bagi darah
banyak. Hati, bayam, ikan bilis. Jenuh jugak nak kena makan hati hari-hari.
Adeh. Tapi takpe lah, baby punya pasal.
So, sekarang ni tengah cuti hari Gawai. Jumaat sampai Isnin.
Malam tadi dok melayan Kung Fu Panda 2. Maybe bunyi gendang cina tu kuat
sangat, baby pun ikut sama Kung Fu. Sampai berombak-ombak perut. Haha. Macam
extreme je perut berombak tapi memang betul o0o0..bila time baca Yasin, elok je
baby, tenang. Bila dengar muzik, baby pun amok. Hehe. Macam macam perangai.
Nanti dah besar jangan banyak perangai ye sayang, be a good
muslim. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)