05 June 2012

lima bulan =)

Posted by -izzAh- at 10:31

Assalamualaikum.

Dah genap lima bulan baby dalam perut ni. Alhamdulillah Allah SWT permudahkan segalanya. Teringat check up haritu, nurse ukur perut.

“24cm. last month baru 15 cm. Besar baby kamu ni, lepas ni jumpa doctor. Scan, mana tahu kembar”

Baby besar? Ni sah terlebih vitamin. Yang doctor bagi lagi. Yang ada dalam susu lagi. Setiap hari makan. Takpe, besar pun besar lah. Asalkan sihat.

Bila dah jumpa doctor,
“nurse yang ukur kata baby kamu besar eh? Takde lah, saya tengok ok je. Jangan risau. Mungkin lemak perut tebal, tu yang bila ukur jadi besar”

(-_-) Dah lemak tebal pulak.
Terkedu doctor cakap macam tu, dah sampai Unimas balik baru teringat nak tanya pasal baby, boy ke girl. Memang tak dapat lah nak tanya.

Tapi masih ada problem dengan darah. Blood pressure terlalu rendah. Nasib baik hemoglobin dah naik sikit. Takde lah rendah macam last month. Nurse tu dah nak naikkan dose iron tablet dah. Suruh tambah darah. Nasib baik die cancelkan niat tu, kalau tak, dah bertambah stock ubat. Hehe

So lepas ni memang kena makan makanan yang bagi darah banyak. Hati, bayam, ikan bilis. Jenuh jugak nak kena makan hati hari-hari. Adeh. Tapi takpe lah, baby punya pasal.

So, sekarang ni tengah cuti hari Gawai. Jumaat sampai Isnin. Malam tadi dok melayan Kung Fu Panda 2. Maybe bunyi gendang cina tu kuat sangat, baby pun ikut sama Kung Fu. Sampai berombak-ombak perut. Haha. Macam extreme je perut berombak tapi memang betul o0o0..bila time baca Yasin, elok je baby, tenang. Bila dengar muzik, baby pun amok. Hehe. Macam macam perangai.

Nanti dah besar jangan banyak perangai ye sayang, be a good muslim. InsyaAllah.  

0 comments:

Post a Comment

 

Anak Ibu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review