assalamualaikum.
ni nak cerita, pada satu pagi yang sejuk. eh jap. rasanya tiap-tiap pagi sejuk. mana ada pagi panas. aiyo0.
setelah bersusah payah mengerah tenaga membanting tulang mengejut furqan bangun tido and bersiap pergi kerja, aku pun pergi dapur. bajet nak buat breakfast sementara dia mandi.
pecah telur sebijik. masukkan daging ayam. masukkan mushroom.
panaskan kuali, letak butter. tunggu butter cair, letak telur.
dah agak agak nak masak, letak cheese banyak banyak.
bila cheese cair, angkat. letak atas roti bakar sekali dengan salad dengan bawang besar hiris nipis nipis.
teman furqan makan. lepas tu salam tangan, cium dahi, cakap babai banyak banyak kali. siap semua benda, masuk balik bilik.
"senyap je mak ngan ayah ni. bia la dulu. jap g bangun balik buat breakfast. masak telur tu awal awal nanti dah tak sedap. cheese dah tak leh tarik tarik. facebook lah dulu"
golek punya golek, dah pukul 9.45. keluar dari bilik.
senyap je rumah. mana semua orang?
"cik mar...mak ngan ayah mana?"
"ayah dah g kerja. mak dah g ngajar"
"eh? laaa..sarapan?"
rupa rupanya...
ayah: ada sarapan apa?
mak: entah. tadi nampak izzah kat dapur. kejap lagi kita sarapan sama sama
mak dan ayah pun bersiap dengan perut lapar dan harapan untuk makan masakan menantu. selang beberapa lama, mak keluar dulu dari bilik. untuk sarapan apa yang disediakan menantu.tak lama lepas tu, ayah pulak keluar dari bilik.
ayah: izzah masak apa? ada sarapan apa?
mak: kita sarapan ni je lah bang....
sambil menunjuk ke arah bekas berisi coco crunch dan air susu.
haha. sori mak. sori ayah. ingatkan korang masih tidur.
p/s..kisah diceritakan semula oleh emak semasa lunch. mak ingat aku tidur, aku ingat mak tidur. kagum dengan kebolehan semua orang melakukan semua aktiviti di pagi hari dalam keadaan senyap sunyi. hehe. esok pagi tu sarapan buat cekodok kentang. baik punye. komfem semua kenyang. alhamdulillah.
about me
- -izzAh-
- happily married to my hero Abdullah Furqan bin Adnan. =)
usha-usha
glamour!
-
bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah, di atas segala kurniaanMu kepada ku, k...
-
bila period dah lambat, hati dah resah. otak dah memikir. pregnant ke? mengandung ke? study belum abeh. duduk jauh-jauh. ahhh sudah. biarkan...
-
tengah dok melayan cerita korea, ayah called. ayat pertama ayah, tiba-tiba teringat kat izzah, sebab tu ayah called. lepas tu ayah tanya...
-
Ok, yang ni baru je pergi 17/9-19/9 haritu. Kitorang keluar dari rumah Temerloh lebih kurang pukul 1030pagi terus menghala ke Kuala Tere...
-
assalamualaikum. korang layankan je la gambar foods yang ada ni...beli time pergi pasar malam kat area rumah..nak makan dua orang je, t...
-
tahun ni berjalan raya ke rembau boleh kata satu family beraya sakan mak pun happy sebab semua ada balik alhamdulillah, pujian untuk Alla...
-
sekitar birthday ihab di rumah amara celebrate 17 okt yang lepas kek buruk tu ibu yg buat..haha sememeh aje ...
-
Pagi semalam sebenarnya. Tengah dok golek-golek tunggu Furqan call. Ada rasa sesuatu. Ceh. Sesuatu tu yang tak menahan tu. Ada rasa baby ber...
-
assalamualaikum. jumaat lepas pergi sugar test. doctor nak tau ada kencing manis ke tak, sebab berat naik banyak sangat. sugar test kena b...
-
assalamualaikum. sebenar benarnya dah berlaku hari rabu lepas. tapi baru berkesempatan menulis petang ni..sambil sambil tunggu furqan bali...
30 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment