21 June 2012

lelaki itu susah

Posted by -izzAh- at 08:08

Lelaki itu susah.
Jika kamu melayannya dengan baik,
Dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak,
Kamu akan dianggapnya sombong.

Lelaki itu susah.
Jika kamu berpakaian cantik,
Dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya,
Jika tidak,
Dia kata kamu kekampungan.

Lelaki itu susah.
Jika kamu berdebat dengannya,
Dia kata kamu keras kepala,
Jika kamu berdiam diri,
Dia kata kamu tidak ada IQ tinggi.

Lelaki itu susah.
Jika kamu lebih pintar daripada dia,
Dia akan jatuh air muka,
Jika dia yang lebih pintar,
Dia bilang dia hebat.

Lelaki itu susah.
Jika kamu tidak cinta kepadanya,
Dia akan cuba mendapatkan kamu bermati-matian,
Jika kamu mencintainya,
Dia akan cuba meninggalkanmu.

Lelaki itu susah.
Jika kamu beritahu dia masalahmu,
Dia kata kamu menyusahkan,
Jika tidak,
Dia tuduh kamu tidak mempercayainya.

Lelaki itu susah.
Jika kamu cerewet kepadanya,
Dia anggap kamu seperti seorang pengasuh,
Jika dia cerewet kepadamu,
Itu kerana dia mengambil berat.

Lelaki itu susah.
Jika kamu mungkir janji kamu,
Kamu tidak boleh dipercayai,
Jika dia yang ingkari janjinya,
Dia melakukannya kerana terpaksa.

Lelaki itu susah.
Jika kamu menyakitinya,
Kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu,
Itu kerana kamu terlalu sensitif
Dan terlalu susah untuk dijaga hati.

Ini kisah kebanyakan lelaki. Furqan bukan kebanyakan lelaki. Dia suami saya. Dan ini bukan kisah dia.

benda ni dah lama, bukan buat sendiri pun. copy dari Facebook. tapi tak teringat nak copy link. sesiapa terbaca, and tau siapa owner dia, mintak sharekan yea..=)

0 comments:

Post a Comment

 

Anak Ibu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review